Ke Asapkoyan2u

08 Mac 2011

SNAP MARAHKAN PKR DI TASEK BAKUN


TASEK BAKUN- PKR Dalam diam cuba menenggelamkan SNAP sehingga lemas dikaki Bakun, ini sudah terbukti apabila PKR beria-ia ingin mencucuk buri* calonnya Loya ABUN SUI untuk merampas kerusi N.57 daripada SNAP. Apakah SNAP akan Lemas di tasik bakun??? menurut sumber dari blogger maya Sarawak SNAP akan LAWAN PKR sebelum menentang BN...

Presiden SNAP Edwin Dundang hari ini bagi kata dua pada PKR. Bagi amaran pada Anwar. Bagi ugutan pada BaruBian. "Bagi kami 28 kerusi. Jika tidak kami keluar dari Pakatan".

SNAP memang wajar marah kerana adakah patut PKR bertegas akan meletakkan calon di 52 kawasan? Dan meninggalkan hanya 19 kerusi untuk dibahagikan antara DAP, SNAP dan PAS? Dahlah tu, DAP nak ambil 10 kawasan Cina. PAS pula 5. Apa lagi yang tinggal untuk SNAP?

Jika PKR enggan berkompromi dalam hal ini, SNAP akan keluar Pakatan dan akan menentang PKR di banyak kawasan, kata Dundang.

"SNAP juga tidak mahu diperlekehkan PKR yang berlagak seolah-olah jadi 'big brother' kepada parti pembangkang lain," tambahnya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula memberi amaran kepada SNAP agar tidak mendekati Dr. Jefery Kitingan (UBF) dan Zaid Ibrahim (KITA) di samping mengingatkannya agar mematuhi dasar Pakatan Rakyat.

Untuk kenyataan itu, setiausaha agung SNAP, Stanley Jugol menempelak Azmin dengan berkata "Dasar apa yang Azmin katakan yang harus kami patuhi?"

Haaa! Dundang, baru sekarang kau sedar siapa itu Anwar? Baru sekarang kau faham siapa itu Azmin dan PKR? Parti yang kononya mengamalkan keadilan, demokrasi, tranparency. BaruBian itu sendiri dilantik sebagai ketua PKR Sarawak atas kehendak Anwar dan bukannya kehendak ahli parti. Itu pun BaruBian tak sedar diri. Belum apa-apa dah jadi pembuli sama macam ketuanya Al Juburi. Meletakkan dirinya sebagai Ketua Menteri. Dan kamu semua dalam SNAP hanya layak jadi balaci, kuli dan pencacai angkat tahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...