Ke Asapkoyan2u

24 April 2011

DAP: Parti rasis untuk CINA??


Lim Guan Eng melenting dan cuba menegak benang yang basah apabila ramai pihak yang mengatakan bahawa DAP adalah parti rasis dan atas dasar perkauman. Kenyataan beliau di dalam MalaysiaKini :-
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pemimpin BN yang mendakwa kejayaan DAP merangkul 12 kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu adalah atas dasar perkauman.

Katanya, pemikiran politik perkauman BN perlu dihentikan segera, kerana hakikatnya keputusan pilihan raya Sarawak, membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.
Ironinya, di dalam laporan berita MalaysiaKini seterusnya di dalam tajuk "DAP atur strategi pilihanraya 2016, MalaysiaKini ternyata telah mendedahkan bahawa DAP memang parti perkauman.

Portal berita yang terkenal memutarbelit dan memburukkan kerajaan BN itu secara langsung telah mendedahkan sikap perkauman parti DAP.

PRN 10 Sarawak lepas- Jelas DAP menghidupkan perkauman apabila hanya memenangi kerusi yang mempunyai majoriti kaum cina. Mereka tidak peduli siapapun calon yang mereka calonkan mereka tidak kesah dan asal CINA menang!!!

Perkauman ini amat membahaya sekiranya terus dimainkan di Sarawak. Kerajaan BN memang telah cuba seimbangkan kedudukan setiap kaum di Malaysia agar tahap dan taraf hidup setiap kaum tidak begitu ketara.

Kenapa DAP nak main perkauman?? mungkin juga kerana nak menguasai Malaysia kesluruhannya. Sedangkan pada masa sekarang di Sarawak, Siapa taukey balak?? Sapa taukey sawit yang membuka semua kawasan bumiputera di pedalaman Sarawak??

Sedang mereka belum kuasai Politik Sarawak, mereka sudah kuasai ekonomi. Ini bukan perkauman tetapi biarlah kita bersedia bersaing dan pandai buat penilaian kerana kuasa masing di hujung jari rakyat.

Oleh itu, awasi isu perkauman yang cuba diserap ke Sarawak!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...