ABANG JO-
"PKR perlu berfikir semula untuk teruskan politiknya di Sarawak" Kekalahan yang memalukan pada pilihan raya negeri lepas bila hanya mendapat 3 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan membuatkan PKR berfikir
1001 kali untuk bertanding lagi di Sarawak masa akan datang.
Dimana PKR nak letak kemaluan besar mereka ini?? Jelas rakyat Sarawak menolak politik yang melampau dari luar ini ke Sarawak. Suara-suara sumbang mereka sebelum pilihanraya tidak sekalipun menambat hati rakyat Sarawak.
Di Belaga contohnya, BN telah menang dengan peningkatan Majoriti yang berlipat kali ganda berbanding PRN 2006. asapkoyan2u dapat memerhati sebenarnya PKR Belaga dan pembangkang yang lain kali ini hanyalah terdiri daripada golongan-golongan yang kecewa, cemburu dan pernah diberi peluang dalam kerajaan tetapi mereka sendiri tidak menghargainya lalu gagal dan kemudian hendak menentang. Namun rakyat sudah faham dan tahu perjuangan mereka yang sia-sia.
Kesimpulannya-
Pasti Perahu PKR akan karam di Tasik Bakun. Mungkin patut juga mereka perlu mendengar kata ABANG JO supaya golong saja tikar politik mereka dar SARAWAK Bumi Kenyalang yang tercinta ini. Biarlah orang Sarawak bersatu kembali dan memimpin negeri ini dengan acuan orang Sarawak sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda