Ke Asapkoyan2u

20 April 2011

LIBATKAN ORANG ULU DALAM KABINET

Chuk Pai(Ketua Pemuda PRS)

Posted on April 20, 2011, Wednesday

SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Belaga, Kennedy Chuk Pai berharap wakil rakyat kaum Orang Ulu diberi pertimbangan sewajarnya untuk menyertai kabinet negeri.

Ini kerana, katanya, hampir semua projek besar di negeri ini seperti Empangan Hidroelektrik Bakun, Baram dan Murum melibatkan kaum Orang Ulu.

“Dengan memberikan peluang dalam kabinet negeri, ia secara tidak langsung turut melibatkan mereka (wakil rakyat Orang Ulu) merencanakan polisi yang telah dirancangkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, beliau juga percaya kaum Orang Ulu sangat gembira sekiranya wakil rakyat mereka diberi pertimbangan menyertai kabinet negeri.

Kennedy berkata, sejak kematian mendiang Datuk Dr Judson Sakai Tagal, kaum Orang Ulu tidak mempunyai wakil dalam kabinet negeri.

Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri lalu berjaya mempertahankan kerusi di kawasan kaum Orang Ulu, antaranya Telang Usan, Batu Danau dan Belaga.

Bagi kerusi DUN Ba’ kalalan, calon BN Willie Liau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian dengan majoriti tipis.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...