Ke Asapkoyan2u

17 Mei 2011

SARAWAK AKAN DILANDA TSUNAMI!!?

Hari ini, dua Zon Pemuda PBB bertindak membuat laporan polis terhadap kenyataan Francis Siah yang berbau hasutan dan mampu mencetus huru hara di Sarawak.

Di Bintulu, Pandi Suhaili selaku Naib Ketua Pemuda PBB negeri Sarawak yang mewakili Persatuan Anaq Vaie dan Pemuda PBB zon Bintulu telah membuat laporan polis terhadap Franciah Siah di IPD Bintulu kira-kira jam 1 petang tadi.


Pandi Suhaili bersama Persatuan Anaq Vaie dan Pemuda PBB Zon Bintulu





Pandi Suhaili ketika dihubungi berkata, Tindakan Francis Siah dianggap biadap dan tidak bertamadun kerana menentang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Beliau turut menggesa pihak polis bertindak cepat dengan menggunakan undang-undang sedia ada.

Beliau menambah, kenyataan Francis Siah yang mendesak ketua menteri Sarawak meletak jawatan adalah tindakan subversif merupakan ancaman yang menyalahi undang-undang Negara.

Manakala di Kuching, Pemuda PBB Zon Kuching telah membuat laporan yang sama sebentar tadi di Balai Polis Sentral Kuching. Mereka turut mendesak pihak polis bertindak terhadap Francis Siah dan MOCS dengan kadar segera.



Dijangka, beberapa zon serta cawangan PBB lain akan membuat tindakan serupa dalam waktu terdekat ini. Setakat ini 3 Zon Pemuda PBB telah membuat laporan polis, dan Pemuda PBB Zon Samarahan telah membuat laporan polis kelmarin.

SUMBER: Melanau Blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...