Ke Asapkoyan2u

16 Mei 2011

SURAT ALI BASAH(calon PKR) DITOKOK TAMBAH TANPA DIKETAHUI

Salam HARI GURU dan HARI WESAK kepada pembaca blog asapkoyan2u. Saya baru kembali dari hulu Tasek Bakun dan Belaga hari ini. Seminggu saya berjalan dan memerhati serta menyelami hati rakyat asapkoyan dan Belaga setelah hampir sebulan selepas PRN 10. Rata-ratanya mereka menyatakan sangat berpuashati dan sungguh lega apabila YB Liwan Lagang (BN) mampu menang dengan majoroti yang memecah rekod sejarah Piliharaya di Belaga.

Namun apabila melihat komen dan artikel yang diterbit oleh rakan blogger dari pembangkang khasnya belagakini, asapkoyan2u merasa penulis blog ini yang mengaku dirinya WING MIKU seolah-olah masih terlena dan bermimpi dan tidak mahu menerima realiti dan suara majoriti. Beliau masih lagi menerbitkan pelbagai alasan dan masih lagi membuat pelbagai tuduhan dan menjual nama Sdr. ALI BASAH untuk membuat ugutan kepada penyokong BN.

Bagaimanapun, saya tidak heran dengan apajua kata dan gelaran yang cuba diberi oleh saudara Wing kepada asapkoyan2u sebaliknya beliau perlu sedar apa yang dia tulis selama ini amat tidak menghormati orang lain. Tetapi selama ini saya dan rakan blogger serta penyokong BN lain tidakpun persoalkan apa yang ditulis oleh beliau kerana kita faham ianya mungkin taktik politik beliau.

Kenapa pula sekarang ini belagakini masih lagi sibuk dengan meratapi kekalahan mereka semasa PRN lepas???? Adakah kerana terkejut seperti terkena renjatan elektrik?? hu..hu.. Beliau juga sibuk nak menyerang asapkoyan2u dan rakan lain. Adakah kerana mereka ini PKR telah kalah teruk?? belagakini harus akur dengan suara majoriti, kerana kuasa politik rupanya terletak pada majoriti. Pergilah buat kerja yang baik untuk majukan Belaga supaya lain kali rakyat Belaga boleh memberi kepercayaan kepada anda. Bukan Asyik terlena dan mimpi nak menawan Sarawak.

SURAT TERBUKA SAUDARA ALI BASAH (Calon PKR)!!!

Selepas PRN10 segelintir Rakyat asapkoyan dan Belaga telah menerima sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh Sdra. Ali. Betulkah Surat ini telah ditulis oleh Ali sendiri??? Saya sendiri telah menerima dan masih menyimpan salinan surat tersebut.

Hari ini, saya dan rakyat Belaga musykil dengan kebenaran kandungan surat tersebut. Seolah-olah surat tersebut ditulis oleh orang yang tidak bertanggungjawap. Mustahil Sdr. Ali Basah seorang Peguam yang hebat akan menulis dan mengeluarkan kenyataan yang bodoh seperti surat asal yang di sebarkan sebelum ini. Takkan Seorang Pejuang Nak Jatuhkan Air mukanya sendiri. Saya ingin memetik sedikit rangkap daripada surat tersebut dan sudah di ubah oleh belagakini;
mungkin saya tidak akan bertanding lagi kerana saya tidak tahan menghadapi keadaan tersebut diatas dan lagi kerana usia saya telah mencecah 59 tahun.
perenggan akhir surat asal;
selepas pengiraan undi saya menangis. kesedihan itu bukan....

Cuba anda fikir....Adakah saudara ALI BASAH seorang peguam yang mempunyai pendirian akan menulis dan memberi kenyataan seperti di atas????

Mungkinkah ini taktik kotor dari belagkini?? Kerana beliau telah memadam dan mengedit beberapa rangkap dalam surat asal tersebut. Kalaulah ini perbuatan penulis blog belagakini, beliau harus memohon maaf kepada Sdra Ali Basah segera.

Memang pandai pandai belagakini memutarbelitkan kata-kata dalam penulisannya. Namun rakyat Belaga sudah matang membuat penilaian. Orang seperti ini memang tidak berpendirian, PRN 2006 saksikan, Beliau dan Orangnyalah orang yang paling kuat memperjuangkan SNAP saudara JOHN BAMPA. PRN 2011 saksikan, Beliau dan orangnya Lompat ke PKR. Bila PKR kalah...Sekarang Beliau gunakan LAMBANG DAP!!

Mana perginya pendirian dalam politik orang ini?? Jadi siapa pembodek politik yang sebenar?? Dimana ada peluang disitu mereka terjun. Baguskah sikap ini dalam Politik?? Saya tidak perlu menjawap. Biar anda pembaca ada penilaian tersendiri.

Asapkoyan2u mohon maaf kepada belagakini, kerana kali ini terpaksa menjawap tomahan yang dimulakan oleh anda sendiri. Saya berharap kita turun padang sama-sama membantu Belaga selepas ini. Walau kecil sumbangan kita asalkan niat baik kita diberkati....Salam!!!

2 ulasan:

  1. Alahai... kasihannya blogger belagakini nie. Nak berjuang kononnya lah.. tetapi tidak ada pendirian yang teguh. Dari SNAP ke PKR, dari PKR ke DAP, dari DAP ke ???? Itu saya tidak tahulah. Mungkin dia akan join PAS kot. Hahaha... Saya banyak membaca kisah perjuangan blogger belagakini nie... tidak kira siapa-siapa pun penulis blognya lah... Secara kesimpulannya, Peluru Emas nak rumuskan "perjuangan anda sudah berakhir" That all. Nak tegakkan Anwar konon? Tidak lama lagi ketua umum Pandi Kutty Reformasin anda itu akan kembali ke kediaman lamanya "Sungai Buloh". Apa anda mahu join Anwar jga ke? Boleh... Bercakap tentang kritikan belagakini terhadap blogger asapkoyan2u, Peluru Emas heran betullah... jika blogger belagakini ini mencaci Taib Mahmud, Dato Seri Najib, YB Liwan, dan semua pemimpin BN lah DAPAT. Tetapi, sedikit je blogger asapkoyan2u komen tentang kredibiliti Anwar alu panas... yang melucukan lagi blogger belagakini kata Asapkoyan2U ajak orang lihat filem porno pula... Haha... Dah takde idea lagi ke.. atau terasa pedas-pedas serangan Asapkoyan2u... Apa yang pasti ialah KENYATAAN dan REALITI sertai dilengkapi bukti-bukti yang kukuh. Tidak patut AS dan Korea Selatan nak tipu tentang video seks itu pula... Alahai... hahaha.... Apapun, tahniah dan syabas atas perjuangan anda blogger asapkoyan2u. Teruskan perjuangan anda. Biarlah belagakini cakap apa-apa pun yang dia mahu... Apa yang pasti, bukan orang minat pun nak visit kau punya blog itupun.. hahaha....tak laku...
    pembaca blog malas nak terpedaya dengan muslihat anda....

    BalasPadam
  2. Ada Betul kata Peluru Emas, belagakini tidak ada modal lagi...seolah-olah asapkoyan2u pula yang bertanding dan kalahkan PKR di Belaga hahaha...

    Tak ada pun tajuk asapkoyan2u nak ajak pembaca tgk video porno. Pandai dia nak putar belit..memang lidah bercabang.

    Yang sedihnya dia mengubah surat Sdra ALI BASAH tu..huhu..ini sudah menjatuhkan nama baik sdra Ali sebagai seorang peguam yang berkaliber...

    belagakini terus menuduh asapkoyan2u..dia tak tengok ada artikel yang asapkoyan2u hanya link dari rakan blogger yang lain...dia cakap dia pandai IT??? huhu...

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...