Tahniah sekali lagi kepada Tan Sri James di atas anugerah Panglima Setia MahKota (P.S.M) dari DYM Yang Di-Pertuan Agong. Sebagai seorang kaum dayak di Sarawak asapkoyan2u amat merasa bangga dengan pengiktirafan tersebut.
Tan Sri JJM memang layak untuk menerima anugerah ini diatas kejayaan dan usaha beliau untuk terus menyatupadukan Dayak. Tahniah juag kepada rakan beliau Tan Sri William Mawan yang turut menerima anugerah yang sama. Asapkoyan2u anggap ini satu penghargaan kepada kaum Dayak oleh kerajaan Malaysia.
Namun yang paling rancak dibicarakan hari ini adalah, Mampukah Dayak bersatu kembali dalam satu parti politik?
Tan Sri James telah menyuarakan pandangan ini tidak lama sebelum ini. Usaha penyatuan Dayak bukanlah satu agenda yang mudah namun ianya boleh menjadi realiti sekiranya semua kaum Dayak sedar betapa perlunya usaha ini demi masa depan kaum Dayak di Sarawak.
Sekali lagi ini bukanlah hendak menimbulkan isu perkauman, tetapi ia adalah mustahak kerana nampak selama ini kaum Dayak di Sarawak berpecah belah dalam Politik. Cadangan JJM ini perlulah diambil serius oleh setiap Dayak walaupun pada masa ini berlainan parti politik.
Apapun bentuk dan formulanya asalkan Dayak mampu bersatu kembali. Pemimpin-pemimpin dayak mungkin perlu kembali duduk berunding bersama JJM untuk meneruskan usaha ini. Kalau pun usaha ini tidak berlaku hari ini, tetapi rintisan ke arahnya sudah bermula dan pastinya 5-10 tahun kelak mungkin menjadi kenyataan. Atau Kaum Dayak perlu menunggu masa yang panjang lagi?? ianya sudah pasti bergantung kepada kesedaran setiap individu Dayak itu sendiri.
Penubuhan PBDS Baru beberapa hari lepas sibuk diperkatakan, adakah ini satu usaha yang benar-benar murni untuk satukan Dayak?? pelbagai pandangan telah disampaikan oleh masyarakat samada dari sudut positif dan negatif. Sekiranya usaha ini dilakukan oleh beberapa individu sahaja mungkin sukar untuk melihat ianya terjadi.
Mungkin sampai masanya pemimpin dan kaum Dayak meyediakan satu pentas atau mengadakan dialog,seminar dan sebagainya untuk mulakan usaha murni ini. Biar semua lapisan masyarakat Dayak sedar betapa pentingnya Kaum Dayak ini untuk bersatupadu dalam Satu Parti Politik. Maka dengan ini Dayak mampu maju bersaing bersama-sam kaum lain di Sarawak dan Malaysia amnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda