Ketika
Pakatan Rakyat (PR) menjerit-jerit fobia dengan tema ‘55 Tahun Janji
DiTepati’ yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang
hidung mereka, kerajaan PR Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri
iaitu ‘55 Tahun Terus Berbakti’ seawal 17 Julai lagi.
Namun,
tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak ‘diiktiraf’ oleh
kepimpinan PR Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya.
Malah, kepimpinan PR Pusat telah melancarkan tema ‘Sebangsa, Senegara,
Sejiwa’ sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor, Pulau
Pinang dan Kelantan. Ini bermakna, Kedah telah ‘tercicir’ dan akan
bersendirian menggunakan tema berbeza dari PR dan juga pusat.
Nampaknya,
untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah
sekali bagi Pakatan Rakyat. Jika begitu sukar sekali untuk mereka
menyeragamkan hanya 4 buah negeri, bagaimana PR boleh bermimpi mampu
menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya
memerintah?
Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan
parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang PR dan tiada
siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin
tertinggi.
Namun, kita faham jika kepimpinan PR memekakkan
telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu
kerana pemilihan perkataan ‘berbakti’. Sedangkan, perkataan-perkataan
yang membawa makna ‘berkhidmat kepada rakyat’ amatlah menakutkan PR.
Dari
satu segi, perkataan ‘berbakti’ tidak banyak beza dengan ‘janji
ditepati’ mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia. Apatah
lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka ‘55 tahun’.
Ini
kerana bukan PR tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan
keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan
PAS, DAP, PKR jauh sekali Pakatan Rakyat.
PAS atau PR baru
sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu
juga langsung tiada bakti yang dicurahkan. Sebaliknya, hanya
menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat
hiburan dan karaoke.
Oleh itu, tema ’55 tahun terus berbakti’
seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan
UMNO kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena
batang hidung mereka sendiri?
Apapun, dengan kegagalan PR
untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri
jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka. Masalah ini
juga berlaku kerana PR tidak pernah mempromosi patriotisme, maka
memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu
yang sukar bagi mereka. Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di
dalam PR yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah
mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin ‘membersihkan’ nama nenek
moyang mereka.
Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin
PR ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan
Malaysia. Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia
seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk.
Sesungguhnya,
PR tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat
keamanan, kemakmuran, kesejahteraan mahupun keindahan negara ini.
Justeru, PR mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak
membawa apa-apa makna kepada mereka.
PR juga saban hari
mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan. PR menentang perpaduan
sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat
bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah. Sedangkan matlamat
mereka adalah untuk melemahkan kerajaan.
Oleh itu, untuk PR
memilih tema ‘sebangsa, senegara, sejiwa’ adalah satu hipokrasi yang
paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang ‘satu
sekolah’ untuk anak-anak Malaysia.
Hakikatnya, bukan sahaja
PR itu adalah agen perpecahan tetapi PR sendiri tidak mampu menjadi satu
parti. Sehingga ke hari ini iaitu setelah hampir sepenggal memerintah
di 4 negeri, PR kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi, tiga
matlamat dan tiga prinsip yang berbeza, hatta bertentangan juga.
Kerana itu, PR tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari
Kebangsaan.
Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti
yang tidak patriotik, tidak bersatu serta menentang perpaduan di
kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia?
SUMBER: PISAU.NET
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda