Ke Asapkoyan2u

06 Ogos 2012

GUAN ENG SOROK FAKTA FDI: Pulau Pinang Jatuh Merundum, Pengangguran Meningkat!!


Buletin Mutiara akhbar rasmi ketua menteri regim tak lebih kepada suratkhabar untuk mengipas Guan Eng dan juga menjadi akhbar lidah bercabang rasmi kepada ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri.

Apa yang Guan Eng dan regim negeri sorok kepada anda? Meh Pisau dedahkan...Ini berita yang penyokong haprak pakatan dan juga penganut PAS tidak mahu rakyat Pulau Pinang tahu.

Untuk pengetahuan korang, Pulau Pinang tahun ini dalam 4 bulan pertama telah menjunam ke tangga ke enam dalam FDI. Menurut analisis terkini dalam masa 2-3 tahun akan datang Pulau Pinang akan menghadapai masaalah pengangguran yang serius.


Kedudukan Pulau Pinang sekarang ini merosot teruk jatuh ke tanggan keenam dibawah Terengganu apabila jumlah kemasukan pelabur hilang lebih daripada separuh. Sebelum ini Guan Eng dan regim DAP sering berbohong mengenai data dan fakta FDI.


Akibat daripada itu kesannya sudah mula dirasai. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama 2012,ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke 6,manakala jumlah pelaburan domestik dan luar merudum ke tangga ke 7.


Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini jumlah pelaburan bernilai 4.7 billion ke negeri Sabah yang sekarang ini menduduki tempat pertama dari segi kemasukan pelabur,Selangor dan Johor menduduki tempat kedua dan ketiga . Dan selepas itu diikuti oleh Terengganu,Sarawak,Perak, Pulau Pinang dan Kedah.


Lim Guan Eng dan juga regim negeri tidak mendedahkan fakta ini bahawa kemasukan pelabur asing hanya 600 juta, Amat sukar untuk Pulau Pinang menandingi Sabah apabila jumlah pelaburan ke negeri dibawah bayu itu bernilai 4.7billion.


Terengganu juga mempunyai pelaburan asing yang tinggi iaitu 1.3billion ringgit dua kali ganda berbanding Pulau Pinang.Berdasarkan analisis dari pakar ekonomi Pulau Pinang sekarang ini kekurangan pelaburan jangka masa panjang ditambah pula dengan keadaan ketidak stabilan politik menjadi sebab utama pelabur asing menarik diri daripada melabur di Pulau Pinang.


Pakar ekonomi menjangkakan ,Pulau Pinang dalam tempoh 2-3 tahun akan datang bakal menghadapi pengangguran yang serius,kuasa beli dikalangan rakyat dilihat signifikan dan bakal menjerumuskan masaalah keselamatan sosial.


2 tahun sebelum ini,Lim Guan Eng menghebohkan seluruh dunia regim DAP dibawah pemerintahannya mendapat kemasukan pelaburan yang tinggi disebabkan kecekapan CAT dan Pakatan rakyat.

Nah..kenapa apabila kedudukan Pulau Pinang jatuh ke tangga keenam,seluruh kepimpinan regim DAP dan haprak pakatan mendiamkan diri?


2 tahun sebelum ini apabila kedudukan Pulau Pinang ditangga pertama dinegara ini,Lim Guan Eng mendabik dada katanya selama 50 tahun BN memerintah tidak membawa kemajuan berbanding dirinya dan pakatan yang berjaya membawa kemasukan pelabur yang tinggi.


Media crazy dan credit hunter, 2 istilah ini memang melekat di dahi Lim Guan Eng. Sekarang ini apabila pelabur asing menarik diri daripad melabur di Pulau Pinang,apa alasan Lim Guan Eng pula?


Menurut rakan Pisau, 2 minggu lepas,apabila wartawan ekonomi sebuah akhbar Barat bertanya Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar mengenai pelaburan tahun ini di Pulau Pinang. Ketua menteri ini telah mengelak untuk menjawap soalan daripada wartawan tersebut.


Menarik sekali apabila didesak Guan Eng memberi alasan keadaan ekonomi global yang kurang cergas dan lemah menjadi punca kurangnya kemasukan pelabur ke negeri Pulau Pinang.Kenapa Guan Eng tidak jujur dan ikhlas untuk memberitahu kepada rakyat mengenai alasan beliau?
Sedangkan sebelum ini beliau sering kali berbangga diri dengan pentadbiran CAT yang beliau sendiri kata cekap,akauntabel dan telus.


Paling mengejutkan Lim Guan Eng berkata adalah tidak penting untuk menarik pelaburan asing


Tahukah anda bahawa komuniti pelabur mencemuh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang? Ini semua gara gara Lim Guan Eng sering mendakwa kemasukan pelabur berpunca daripada dasar CAT yang memberi keyakinan kepada pelabur.


Para pelabur seolah berasa terhina seolah Lim Guan Eng anggap mereka ini mendirikan kilang dan masuk melabur secara tergesa gesa setelah DAP memerintah. Guan Eng memberi gambaran seolah komuniti pelabur teruja dengan diri beliau.


Menurut sumber Pisau, Guan Eng anggap membina kilang,melabur di Pulau Pinang seperti membuat perniagaan menjual makanan ,seolah pelabur datang ke Pulau Pinang,tengok tanah kosong dan terus buat kilang. Menurut jurucakap Penang Invest ,berdasarkan amalan biasa dan pengalaman beliau.Pelabur asing biasanya menggambil masa 3 tahun untuk membuat keputusan sama ada untuk membuat pelaburan atau tidak. Itu pun setelah memilih dan meneliti beberapa kawasan pilihan sebelum mereka membuat keputusan muktamad


Bayangkan sejak 2008 hingga 2010 ,Guan Eng dah mendabik dada bahawa dasar CAT berjaya menarik pelabur asing. Terang terangan beliau telah berbohong kepada rakyat.


Siapa yang berani nafikan bahawa Lim Guan Eng tak pernah berbohong? Kemukakan fakta anda!

Read more: pisau.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...