KUCHING: Masalah kemurungan diramalkan berada di tempat kedua teratas
selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020, menurut kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri Dr Chin Zin Hing berkata, menerusi Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan 2011 menunjukkan golongan belia berusia 16 hingga 24 tahun
mancatatkan peratusan masalah kemurungan tertinggi di negara ini diikuti
golongan warga emas berumur 65 tahun ke atas.
Chin yang mewakili
Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, antara faktor
penyebab masalah kemurungan golongan muda ialah pengaruh Internet dan
teknologi komunikasi di mana mereka kurang meluangkan masa berinteraksi
serta membina sokongan sosial.
“Kesibukan ibu bapa bekerja
sehingga memandang kecil peranan, dorongan dan sokongan keluarga
terhadap anak-anak juga adalah faktor ke arah menyumbang masalah
kemurungan golongan remaja,” ujarnya dalam ucapan perasmian Hari Terbuka
dan Jualan Amal Hospital Sentosa Kuching pagi semalam.
Sementara
itu, Pengarah Hospital Sentosa Dr Lau Kim Kah menjelaskan Hari Terbuka
merupakan satu cara mengurangkan tanggapan masyarakat serta komuniti
yang kurang tepat terhadap individu yang mengalami masalah mental,
selari dengan tema sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia ke-20 iaitu
‘Kemurungan: Krisis Sejagat.
’ Tambah beliau, walaupun
diskriminasi terhadap penyakit mental masih lagi wujud, terdapat
perubahan positif di mana orang ramai mula menerima Hospital Sentosa dan
sanggup datang untuk menerima rawatan selain kunjungan daripada
sekolah-sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) serta menjadi penempatan
latihan untuk institusi latihan kemahiran dan kolej swasta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda