Ke Asapkoyan2u

12 November 2012

GUAN ENG: BETTY CHEW LAYAK KERANA BINI KU, ROSMAH TAK LAYAK!!


Guan Eng memang tidak dapat menjawab. Para pemimpin DAP juga tidak dapat mencari jawapan yang sesuai dan sememangnya, tidak ada jawapan yang paling mampu diberikan kecuali DAP memang mengamalkan pentadbiran ahli keluarga.

Persoalan mengapa Betty Chew yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bahkan dia merupakan ADUN Kota Laksamana di Melaka, diberikan tempat duduk di belakang Guan Eng ketika sidang DUN Pulau Pinang, telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Karpal Singh cuba mengenepikan soalan tersebut sambil menyifatkannya sebagai persoalan remeh yang tidak wajar dibincangkan di Parlimen, sebaliknya Tan Tee Beng perlu mencari persoalan lain 'yang lebih besar' dan lebih berguna kepada rakyat.

Hebat jugalah... Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan, pastinya tidak akan memberi jawapan dan hanya tersenyum sinis sepertimana yang sering dilakukannya setiap kali dia tidak boleh menjawab.

Hairan juga, mengapa Betty Chew mendapat tempat di DUN Pulau Pinang. Barangkali kalau Rosmah Mansor diberikan tempat yang sama di Parlimen terutama pada ketika Najib Abdul Razak membuat pembentangan, tentunya tak cukup tangan dan jari atau lidah dan mulut terjuih di kalangan pecacai Pakatan Rakyat, kalau tidak pun dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Memanglah tak salah tapi inilah yang dikatakan DOUBLE STANDARD.

Kalau bab Rosmah Mansor, bukan main lagi ditimbulkan persoalan. Padahal Rosmah Mansor, kalau pergi Parlimen pun, duduknya bukan di belakang Najib Abdul Razak, walaupun suaminya itu adalah Perdana Menteri, sedangkan Betty Chew pula, dah macam salah seorang ADUN Pulau Pinang.
Baca selanjutnya....LGE: Betty Chew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...