Inilah gambaran sebenar 300 ribu orang pendemo yang menuntut taraf
kerakyatan seperti yang digembar-gembur pemimpin PKR sebelum ini.
PKR yang sebelum ini mencanangkan seluruh negara bahawa mereka akan
mengumpul seramai 300 ribu orang untuk berdemo di hadapan JPN, rupanya
sekadar dijadikan bahan ejekkan bila pendemo yang hadir cuma sekitar 300
orang.
Demonstrasi yang digelar 'Himpunan Duduk Bantah' berlangsung di JPN pagi
tadi bertujuan untuk menuntut pemberian kad pengenalan biru dan hak
kerakytan yang kononnya dinafikan oleh kerajaan Malaysia.
Kesal dengan pembohongan pemimpin PKR, Hari ini Ketua Penerangan Pemuda
MIC, S. Subramaniam menawarkan diri untuk letak jawatan jika Naib
Presiden PKR N.Surendren berjaya mengumpul 300 ribu sebagaimana
dijanjikan sebelum ini.
Cabaran Subramanian telah menyebabkan PKR hilang kata-kata...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda