Akhirnya ahli parlimen PKR Kapar S Manikavasagam mengakui beliau
menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak
jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat
sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.
“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” tegasnya.
Kenyataan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T
Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak
jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.
Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan
transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat
desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda