Definisi
sama rata Dap dalam politik ialah 17 orang Cina, 2 Singh, 1 India dan
KOSONG Melayu. Kalau itu deifnisi sama rata DAP dalam POLITIK, apa pula
definisi sama rata DAP dalam bidang ekonomi dan perniagaan? Tidak hairan
jika orang Melayu selar Ariff Sabri (Sakmongkol) dan Aspan Alias
sebagai pengkhianat bangsa dan bodoh kerana percaya DAP akan jaga
Melayu, orang Islam dan agama Islam lebih baik daripada UMNO. Akhirnya
demi kuasa, aqidah tergadai, ummah dan bangsa dikhianati - tapi tak
dapat apa-apa...
Keputusan Kongres DAP Ke-16 Menyaksikan Penguasaan Dinasti Keluarga
GEORGE TOWN -
Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sabtu sekali lagi
menyaksikan penguasaan dinasti keluarga dalam kepimpinan parti.
Seperti yang
dijangka, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terus memperoleh sokongan
kuat dengan meraih undi tertinggi iaitu 1,607 undi diikuti anaknya Lim
Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung parti dengan 1,576 undi.
Begitu juga
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh, yang memperoleh 1,411 undi dan
anaknya, Gobind Singh Deo mendapat 1,197 undi. Seorang lagi anaknya,
Jagdeep Singh Deo, bagaimanapun gagal menyertai barisan kepimpinan pusat
apabila cuma meraih 227 undi.
Dua pemimpin
DAP Perak iaitu Setiausaha dan Pengerusi yang merupakan saudara sepupu,
Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, masing-masing berjaya menganggotai
jawatankuasa pusat itu apabila memperoleh 1,075 undi dan 824.
Anggota
Parlimen Ipoh Barat M.Kula, yang memperoleh 984 undi, adalah
satu-satunya pemimpin kaum India dalam barisan kepimpinan baharu bagi
tempoh 2012-2015.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda