Tidakkah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dati Seri Wan Azizah mahu hadir memberi semangat kepada rakan sekutu mereka yang paling kuat ??? Apakah ura-ura sebelum ini yang mengatakan parti DAP ingin meminta lebihan kerusi di dalam Konvensyen ini menjadi punca Konvensyen DAP diboikot oleh PKR ??? Khabar angin berkenaan nyata terbukti pagi tadi apabila ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU13.Lim Guan Eng dengan megah dan selamba berucap di hadapan perwakilan DAP.DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR. Pada pilihan raya umum 2008,DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.
Lim berkata, mandat yang dicari oleh DAP daripada pengundi adalah untuk
berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan kerajaan bersama-sama dengan
PKR dan PAS.
Lim berkata, mandat itu penting dalam rangka kerja pakatan pembangkang
untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam ‘Common
Framework’ dan BukuJingga.Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau
Pinang, pemimpin Pakatan di Sabah dan Sarawak perlu mengendalikan
rundingan mengenai kerusi antara mereka sendiri. Sejumlah 1,823 daripada
2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu untuk memilih 20 anggota
jawatankuasa tertinggi pusat yang bertanding hari ini.Apakah PKR merasa
tersinggung dengan tindakan Lim Guan Eng nampaknya tidak lagi
menggunakan saluran rasmi Pakatan Haram untuk berunding kerusi antara
pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan
parti, sehingga menyebabkan tindakan boikot dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin utama PKR ??? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut
tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam
PRU13 dan parti-parti di dalam Pakatan Haram masing masing masih
menyembunyikan masalah di antara mereka.Berapa lama lagi parti-parti di
dalam Pakatan Rakyat dapat menyembunyikan ketidaksepakatan di antara
mereka daripada pengetahuan Rakyat ??? Apakah tindakan DAP di dalam
Konvensyen kali ini boleh kita sifatkan seperti menikam belakang rakan
sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat ??? - Selangor Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda