Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa semua
pihak supaya bersikap rasional dan tenang berhubung dakwaan ancaman
untuk membakar Bible versi bahasa Melayu di Pulau Pinang, Ahad ini.
"PERKASA menafikan perkara yang telah digembar-gemburkan. Dalam keadaan suasana politik dan pilihan raya umum yang semakin memuncak, pelbagai dakwaan tidak berasas ditimbulkan.
Hishammuddin berkata beliau telah bercakap secara peribadi dengan
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mendesak Bible versi
bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi dibakar.
"Saya menggesa kita semua supaya bersikap rasional dan tenang serta tidak menggugat ketenteraman awam," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Ibrahim semalam dilaporkan telah dipanggil untuk disoal oleh polis Pulau Pinang selepas beberapa laporan dibuat terhadapnya berhubung perkara tersebut.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda