Hiasan |
KUCHING: Seorang wanita dari Sibu melalui detik memalukan apabila
gambarnya dirakam tanpa berbaju dan dipukul setelah dituduh mencuri di
rumah kenalannya, awal pagi semalam.
Menurut wanita berusia 21
tahun itu, dia diminta oleh kenalannya pergi ke rumahnya untuk mengemas
sementara lelaki dalam lingkungan usia 20-an itu keluar seketika.
Bagaimanapun,
lelaki berkenaan terus menuduh mangsa mencuri barangan miliknya, tanpa
usul periksa dan menghubungi rakan-rakannya yang lain.
“Mereka
terus memaksa saya membuka baju dan mula mengambil gambar sebelum
merampas telefon dan kamera saya,” katanya ketika ditemui di balai polis
Simpang Tiga semalam.
Mereka seterusnya dikatakan memukul mangsa menggunakan besi.
Salah seorang kenalannya yang cuba menyelamatkan mangsa turut dipukul oleh kumpulan tersebut.
Kedua-dua
mangsa yang berjaya menyelamatkan diri seterusnya mendapatkan bantuan
polis untuk menghantar mereka membuat laporan berhubung insiden
tersebut.-BORNEOPOST
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda