Ke Asapkoyan2u

28 Januari 2013

Khalid Gagap Semakin Gagap Kena Air Selangor!!!??


Polemik membangkitkan isu penstrukturan dan pengambilahan SYABAS oleh kerajaan negeri Selangor tidak seharusnya berlaku pada waktu yang cukup kritikal sehingga membangkitkan keresahan dan menyulitkan lagi para pengguna, termasuk di kawasan Lembah Klang.

Krisis air yang sebelum ini diwar-warkan akan berlaku akhirnya menjadi kenyataan akibat berpunca dari kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru sehingga menjejaskan rutin hidup setengah juta pengguna.

Ini bukanlah kali pertama berlakunya krisis air pada masa rakyat masih lagi menyambut tahun baru 2013, malah peristiwa terputusnya bekalan air di Lembah Klang bermula pada awal tahun 2012 dimana penduduk di sekitar Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Klang telah dikejutkan dengan insiden gangguan bekalan air selama beberapa hari.

Puncanya adalah disebabkan peningkatan mendadak sehingga menyebabkan kolam-kolam utama tidak mampu untuk menampung permintaan dan berlakunya penyusutan air di kolam-kolam utama ini. SYABAS tidak mampu meningkatkan paras kolam memandangkan kapasiti pengeluaran loji-loji rawatan air berada pada tahap maksimum. Malah terdapat loji rawatan air yang telah melepasi had maksimum pengeluaran.

Sumber-Papagomo

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...