Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Penjahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjahat. Papar semua catatan

28 Januari 2013

SEORANG WANITA DARI SIBU ALAMI DETIK MEMALUKAN APABILA DIBOGELKAN!!

Hiasan



KUCHING: Seorang wanita dari Sibu melalui detik memalukan apabila gambarnya dirakam tanpa berbaju dan dipukul setelah dituduh mencuri di rumah kenalannya, awal pagi semalam.

Menurut wanita berusia 21 tahun itu, dia diminta oleh kenalannya pergi ke rumahnya untuk mengemas sementara lelaki dalam lingkungan usia 20-an itu keluar seketika.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan terus menuduh mangsa mencuri barangan miliknya, tanpa usul periksa dan menghubungi rakan-rakannya yang lain.

“Mereka terus memaksa saya membuka baju dan mula mengambil gambar sebelum merampas telefon dan kamera saya,” katanya ketika ditemui di balai polis Simpang Tiga semalam.

Mereka seterusnya dikatakan memukul mangsa menggunakan besi.
Salah seorang kenalannya yang cuba menyelamatkan mangsa turut dipukul oleh kumpulan tersebut.

Kedua-dua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri seterusnya mendapatkan bantuan polis untuk menghantar mereka membuat laporan berhubung insiden tersebut.-BORNEOPOST

08 November 2012

PERAMPOK BERTOPENG DI LAPOK MIRI LARIKAN RM1.3 JUTA DALAM 5 MINIT!!

BELURU: Sebuah syarikat kontraktor kepada syarikat minyak dan gas kerugian RM1.35 juta setelah dirompak oleh sekumpulan lelaki berto­peng yang bersenjatakan se­napang patah dalam kejadian yang berlaku di KM8 Jalan Beluru-Long Lapok, Bakong di sini, petang semalam.Menurut sumber, sebelum kejadian sekitar jam 3 petang itu, empat kakitangan syari­kat kontraktor terbabit yang menaiki sebuah kenderaan jenis Hilux (double-cab) berwarna biru milik syarikat, sedang dalam perjalanan dari pejabat di Kem 8, Bintulu menuju ke Kem 6 di Tinjar, Lapok dengan membawa wang tunai berjumlah lebih RM1.35 juta.

Difahamkan, wang itu adalah untuk membayar gaji para pekerja syarikat kontrak­tor terbabit.
Setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki keem­pat-empat mangsa telah dip­intas oleh sebuah kenderaan jenis Hilux Mitsubshi Triton berwarna perak yang dinaiki antara tujuh dan lapan orang lelaki bertopeng sambil dua daripada suspek masing-mas­ing mengacukan senapang patah ke arah kenderaan mangsa.

Sejurus memintas, kereta suspek berhenti di hadapan kereta mangsa sehingga me­maksa mangsa memberhen­tikan kenderaan mereka.

Kemudian, tiga hingga empat daripada perompak terbabit keluar dari kenderaan mereka sambil menuju ke arah kereta mangsa, manakala dua lagi terus mengacukan sena­pang patah ke arah mereka.
Perompak terbabit kemu­dian merampas beberapa beg berisi wang berjumlah RM1.35 juta yang disimpan di bahagian belakang kenderaan sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baram, Deputi Su­perintenden (DSP) Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi lewat petang semalam menge­sahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

BORNEOPOST
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...