Ke Asapkoyan2u

07 Februari 2013

ANWAR: ABAI SARAWAK KETIKA JADI TPM!!!??

DSAI Mengabaikan Sarawak ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi sekarang berpura-pura ingin membela nasib rakyat negeri ini.

Presiden PRS, James Masing berkata ketua pembangkang itu terlupa ketika memegang jawatan nombor dua negara, beliau gagal membawa pembangunan ke sarawak.

Sebaliknya ketika hampir PRU13, Masing berkata, Anwar kerap berkunjung ke Sarawak untuk menabur fitnah dan pelbagai janji semata-mata bagi meraih sokongan.

Sedang ketika beliau berkuasa ANWAR tidak buat apa-apa untuk Sarawak. Sekarang baru dia rajin jenguk rakyat negeri ini kerana ada agenda tersendiri.

Tanpa Pilihanraya dia langsung tidak datang ke sarawak. Ini membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu tidak ikhlas.

SATU PERKARA YANG RAKYAT SARAWAK TIDAK AKAN LUPA!!!!!

Bila satu ketika dulu bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukkan kepada Negeri Sarawak untuk membina sebuah UNIVERSITI iaitu UNIMAS sekarang ini.

Beliau telah mengalihkan peruntukan untuk membina UNIMAS ke Sabah yang pada ketika itu beliau nak menang PRN Sabah. Tanpa memikirkan rakyat sarawak, maka pada ketika itu UNIMAS tidak dapat diteruskan.

Sebab ANWAR inilah SARAWAK negeri yang paling akhir memilik UNIVERSITI sendiri!!!

Sama juga dengan peruntukan membina Jalanraya Kuching-Miri, Anwar telah alihkan ke Sabah demi kepentiangan kuasa beliau.

Maka dengan ini Rakyat Sarawak mesti ingat bahawa tiada jasa DSAI kepada negeri ini sebaliknya meminggirkan Sarawak!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...