Membaca
berita dalam akhbar rakan alumni, Datuk Hishamudin Yaakob - Sinar
Harian berhubung dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat yang membantah BN membawa penyanyi popular Korea, Psy untuk
memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di Pulau
Pinang pada 11 Febuari ini membuat orang tertawa keseorangan.
Kita kurang pasti samada Nik Aziz pernah menonton persembahan PSY di dalam
Youtube atau tidak, tetapi bantahan Nik Aziz mesti bersangkutan dengan
pengaruh Psy yang begitu besar dalam saluran media sosial itu.
Terkini
pengunjung Psy di 'channel' Youtube telah mencecah 1.23 billion trafik
dan telah meledak menjadi satu fenomena raksaksa di alam media maya.
Nik Aziz sedar akan pengaruh ini dan cukup bimbang jika di akhir persembahan Psy, Psy akan berkempen “Vote for Barisan Nasional!”. Jika ini berlaku nescaya ia akan meruntuhkan Kerajaan rakan Nik Aziz, Lim Guan Eng dan Karpal Singh di Pulau Pinang.
Nik
Aziz haruslah 'gentlemen' dan tidak harus cemburu dan risau dengan
fenomena Psy akan menghanyutkan artis PAS, Abby Abadi, Bob Lokman,
Aishah dan Hairi Othman kerana artis-artis ini ada genre nya yang
tersendiri di kalangan Mak Long, Mak Ngah dan Mak Teh dalam bahasa mudah
yang melengkong, yang mengah dan yang letih.
Walauapa
pun, yang cukup menghairankan pengundi muda ialah sejak bila Nik Aziz
pandai menonton Youtube? Kerana menurut Nik Aziz beliau tidak menonton
video Anwar dengan China Doll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda