Ke Asapkoyan2u

18 Februari 2013

APA KATA IDRIS JALA??: PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA MAPAN SEIRING PENINGKATAN KUALITI HIDUP.

Sebelum itu eloklah kita buat perbandingan dengan Negara Terpilih yang dipetik dari IMF, Wikipedia ;

PERANCIS: Hutang Kerajaan 86% drpd KDNK, Pertumbuhan 0.3%

UNITED KINGDOM: Hutang Kerajaan 81% drpd KDNK, Pertumbuhan 1.9%

AMERIKA SYARIKAT: Hutang Kerajaan 102% drpd KDNK, Pertumbuhan 3%

CHINA: Hutang Kerajaan 26% drpd KDNK, Pertumbuhan 8%

MALAYSIA: Hutang Kerajaan 53% drpd KDNK, Pertumbuhan 6%

Ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Switzerland, saya berpeluang melihat secara dekat pelbagai perbincangan dan merenungkan tentang bagaimana masalah ekonomi dunia saling berkait.

Pada pemerhatian saya, pemimpin dunia sememangnya berbakat dalam mendefinisikan dan menganalisis masalah, berbalah dan berbincang tanpa henti mengenai punca serta akibat.
Malangnya terdapat kekurangan dalam usaha mencari jalan penyelesaian yang nyata dan membina untuk mengorak langkah ke hadapan.

Ketika tiba giliran Perdana Menteri kita berkongsi tentang ekonomi Malaysia yang meningkat lebih daripada lima peratus tahun lalu, walaupun kebanyakan negara mengalami kadar pertumbuhan yang rendah dan ada yang masih mengalami kemelesetan, ramai di kalangan perwakilan negara dunia melahirkan rasa kagum mereka.

Izinkan saya memberikan pendapat mengenai beberapa negara yang (lihat carta) sedang dirundung masalah ekonomi.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat (ekonomi terbesar dunia) masih dibelenggu masalah pinjaman kerajaan yang mengatasi nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KDNK adalah nilai jumlah barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah ekonomi setahun.

Ini adalah bajet defisit fiskal. Ia berlaku apabila bajet perbelanjaan melebihi hasil dan mencecah sehingga 10 peratus daripada KDNK.

Presiden Obama kini tidak cukup tangan dalam usahanya membendung defisit bajet dan hutang kerajaan dengan menggunakan formula cukai yang lebih tinggi dan pengurangan perbelanjaan.

Francois Hollande daripada parti sosialis yang baru dilantik sebagai Presiden pula kini bergelumang dalam situasi yang hanya boleh digambarkan sebagai penuh dengan kesukaran dan bahaya meningkatkan cukai dan menggunakannya untuk mengeluarkan Perancis daripada kemelut kemelesetan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti biasa sangat kritikal dan berpihak kepada langkah penjimatan. Sementara itu, Menteri Buruh, Michel Sapin menggunakan perkataan muflis, yang nyata kurang merdu untuk menggambarkan situasi Perancis.

Mengikut laporan, Hollande kini berdepan risiko perpindahan besar-besaran golongan penduduk yang mempunyai nilai harta bersih tinggi daripada negaranya. Ini termasuklah bekas presiden, Nicolas Sarkozy dan isterinya, Carla Bruni yang mahu mengelakkan daripada membayar cukai yang mencecah 75 peratus.

Petikan laporan media pula mengatakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang harus membimbing negaranya keluar daripada kemelut ekonomi, telah berjanji memberikan layanan istimewa bagi menarik kedatangan rakyat Perancis yang kaya.

Perancis bukanlah muflis seperti yang disangka. Dengan hutang kerajaan 86 peratus daripada KDNK dan unjuran pertumbuhan ekonomi daripada IMF 0.3 peratus pada 2012 dan 0.9 peratus pada 2013, ia sememangnya bermasalah. Namun, defisit fiskalnya masih pada tahap tidak membimbangkan iaitu 4.5 peratus.

United Kingdom mengalami situasi ekonomi yang hampir serupa seperti Perancis dengan defisit fiskal yang lebih tinggi iaitu sembilan peratus dan hutang kerajaan melebihi 80 peratus daripada KDNK.

Biarpun mengalami situasi yang sama, unjuran pertumbuhan IMF lebih berpihak kepada mereka dengan 1.0 peratus pada 2012 dan 1.9 peratus pada 2013.

Britain masih berusaha untuk menghasilkan pertumbuhan di sebalik langkah penjimatan.

Beralih pula ke Asia Barat, Mesir mengalami nasib yang serupa seperti kebanyakan negara di benua yang sama. Mereka kini sedang berhadapan dengan natijah pergolakan yang lebih dikenali sebagai kebangkitan Arab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...