Ke Asapkoyan2u

19 Februari 2013

PETANI, PEKEBUN KECIL SAWIT PUN AKAN MARAH DENGAN XENOPHON KE MALAYSIA!!!??

Gara-gara Orang inilah Harga Sawit Malaysia Jatuh!!!! Beliau adalah orang yang paling lantang berkempen untuk menjatuhkan Harga Minyak Sawit Malaysia di luar negara dan Australia.

Beliau juga orang kuat yang menyokong Keganasan seperti Bersih 3.0 dianjurkan!! Memang orang-orang ini ingin melihat keharmonian rakyat Malaysia hancur!!!

Sekarang Harga Sawit Orang Kampung sana pun jatuh sampai RM250 Setan. Ini menyukarkan Petani dan Pekebun Kecil di Malaysia termasuk Pekebun Kecil Sawit Di Sungai Asap Belaga.!!!!


 TAIB PUN SOKONG HALANG KEMASUKAN XENOPHON!!! APA LAGI  PETANI DAN RAKYAT SARAWAK!!!!

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyokong usaha pihak berkuasa Malaysia menghalang kemasukan senator dari Australia Nick Xenophon.

“Sebagai orang luar, Xenophon tidak patut masuk campur urusan orang lain terutama yang melibatkan politik sesebuah negara tersebut,” tegas Taib.

Xenophon yang tiba di LCCT Sepang pada hari Sabtu lepas telah diarahkan untuk berpatah balik oleh Jabatan Imigresen atas sebab-sebab keselamatan negara.

Beliau yang amat dikenali dengan kempennya menentang industri minyak kelapa sawit dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad, Xenophon telah disenarai hitam untuk memasuki Malaysia dan bukannya ditahan seperti yang didakwa oleh senator dari Australia itu.

Alias turut berkata Xenophon telah dibenarkan untuk bergerak bebas dan diberi makanan tengah hari semasa berada di lapangan terbang dan bukannya dikurung dalam penjara seperti yang didakwa oleh media Australia.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata status Xenophon sebagai senator tidak bermaksud beliau bebas daripada undang-undang imigresen Malaysia.

Xenophon turut dikatakan telah membuat beberapa kenyataan yang memburukkan imej negara.

“Dia amat terkenal sebagai individu yang aktif menentang industri minyak kelapa sawit Malaysia di samping telah menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 sebagai pemerhati bagi pihak pembangkang,” ujar Hishammuddin dalam laporan akhbar semalam.-BorneoPost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...