Banjir IOI Puchong bukti kelemahan pentabiran Khalid Ibrahim
Banjir
yang melanda IOI puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan.
Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu.
Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.
Semua
orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang,
parit dan sungai tidak diselengara dengan baik oleh pentadbiran Dap, Pkr
dan Pas.
Walaupun
kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta
setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun,
namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi
nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang
sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang
dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik
Pkr, Dap dan Pas sahaja.
Air
hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adalah air
banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda