Ke Asapkoyan2u

21 Februari 2013

PEKEBUN SAWIT HULU REJANG MARAH DENGAN XENOPHON SI KAWAN ANWAR!!!??



XENOPHON TERUS DI KRITIK OLEH PENDUDUK AUSTRALIA SENDIRI. 

Warga Australia kecam tindakan senator ini cuba nak campur tangan dalam politik Malaysia melalui kawan Akrabnya Anwar Ibrahim.

" Daripada membabitkan diri dalam perbalahan politik Malaysia yang tiada kaitan dengannya, lebih baik dia memberi khidmat kepada negera sendiri". John George

Xenophon juga telah menyebabkan kejatuhan industri Sawit di Malaysia sebelum ini dengan mendakwa Minyak Sawit Malaysia berlemak dan tidak baik untuk kesihatan.

Kejatuhan Industri Sawit Malaysia telah dirasai oleh semua pengusaha sawit sehinggalah Pekebun Sawit Di Hulu Rejang.

"Walaupun kerajaan telah memberi pelbagai subsidi seperti anak benih sawit serta baja kepada kami namun ia semacam tak bermakna kerana harga sawit kami sekarang amat rendah" Jalung Ibo- Pekebun Sawit

Dia Menambah..."Kalau saya tau ini orang memang saya kasih tikam dia dengan buah sawit ini baru dia tau".

Begitulah antara keluhan dan kemarahan rakyat terhadap pengacau negara seperti individu ini. Apa yang membimbangkan sekiranya petani disini mengetahui hubungan Anwar dan Xenophon...Sudah pasti Mereka ini akan ditolak mentah-mentah dari Hulu Rejang.

Oleh itu, PRU 13 ini marilah kita sama-sama terus menyokong pembangunan berterusan yang dibawa oleh pimpinan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...