Ke Asapkoyan2u

21 Februari 2013

INGATLAH: CARA UNDI KALI INI BERLIANAN DARI SEBELUMNYA!!!

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat latihan kepada petugas atau pengundi diingatkan agar mengikut panduan sewajarnya.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, walaupun usaha NGO terbabit untuk membantu dari segi latihan dialu-alukan, namun beliau khuatir ia bertentangan dengan prosedur dan undang-undang ditetapkan SPR.
 
“Saya agak bimbang kerana ada kumpulan tertentu yang mengajar bertentangan dengan kaedah diajar SPR.
“Sebagai contoh, penggunaan dakwat kekal ini secara dicalit menggunakan berus khas oleh petugas SPR selepas kertas undi diberi, tetapi ada ajaran sesat yang mengatakan ia akan dicelup selepas meng-undi… ini tidak boleh diterima,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media Taklimat Ulangan bagi Pegawai Pengurusan Pilihan Raya dan Ketua Pasukan Penguatkuasaan Kempen PRU13 di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah.
Aziz berkata, kertas undi ti-dak mendedahkan identiti pengundi melainkan saluran mengundi yang boleh dikesan me-nerusi nombor siri pada kertas tersebut.



“Siapa yang mengambil se-suatu kertas undi berkenaan tidak akan dapat dikesan, melainkan kerani yang meng-edarkannya mencatat sesuatu pada kertas tersebut.
“Tetapi kita telah mengeluarkan arahan, kerani tidak boleh membawa sebarang alat tulis dan jika pengundi ternampak mereka mencatat sesuatu pada keratan kertas undi, mereka boleh menegurnya,” katanya.
Sementara itu, Aziz turut mengingatkan pegawai peng-urus (RO) agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik bagi mengelak sikap berat sebelah atau perkhidmatan mereka akan ditamatkan tanpa ter-agak-agak.
Kes seperti ini walaupun ti-dak berleluasa namun ia pernah dikesan di Terengganu dan diakui oleh pegawai tersebut, ujarnya.
“RO hendaklah tidak berpihak kepada mana-mana parti. Kita tidak mahu nanti RO ini lebih kepada sama ada BN ataupun parti pembangkang,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai isu Senator Nicholas Xenophon atau Nick yang dikatakan akan menjadi salah seorang pemerhati pilihan raya, Aziz memberitahu perkara itu adalah mustahil kerana Nick lebih kepada pembangkang.
“Seseorang pemerhati juga tidak boleh mewakili parti politik tertentu tetapi hendaklah ‘independent’ (berkecuali),” katanya.- Borneo Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...