Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, walaupun usaha
NGO terbabit untuk membantu dari segi latihan dialu-alukan, namun beliau
khuatir ia bertentangan dengan prosedur dan undang-undang ditetapkan
SPR.
“Saya agak bimbang kerana ada kumpulan tertentu yang mengajar bertentangan dengan kaedah diajar SPR.
“Sebagai contoh, penggunaan dakwat kekal ini secara dicalit
menggunakan berus khas oleh petugas SPR selepas kertas undi diberi,
tetapi ada ajaran sesat yang mengatakan ia akan dicelup selepas
meng-undi… ini tidak boleh diterima,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Taklimat Ulangan bagi
Pegawai Pengurusan Pilihan Raya dan Ketua Pasukan Penguatkuasaan Kempen
PRU13 di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah.
Aziz berkata, kertas undi ti-dak mendedahkan identiti pengundi
melainkan saluran mengundi yang boleh dikesan me-nerusi nombor siri pada
kertas tersebut.
