Ke Asapkoyan2u

21 April 2013

PEMIMPIN HULU REJANG BERSATU RAKYAT BERPADU DALAM BN!!!!


Pelangi Mentari
KAPIT- SEMASA proses penamaan calon semalam, tiba-tiba Pelangi Muncul benar-benar di atas lokasi penamaan calon di Bandar Kapit. Pelangi muncul dibawah pancaran matahari yang terik.

Kejadian ini amat jarang berlaku, namun sebenarnya tiada kaitan dengan mana-mana calon pun. Tetapi cuaca semalam amat menizinkan dan memberi semangat kepada pihak dan penyokong daripada pihak yang akan bertanding.

Sah keputusannya semalam Hulu Rejang akan memperlihatkan pertembungan 3 penjuru iaitu, Wilson Ugak Kumbong ( BN-PRS), George Lagong (SWP) dan Abun Sui Anyit (PKR).

Kembali bersatu
Ramalan semua pihak dan rakyat Hulu Rejang sebelum ini adalah sekurangnya ada 4,5 Calon bertanding di Hulu Rejang ternyata salah.

Bekas MP Datuk Billy Abit Joo yang lantang bersuara akhir-akhir ini mengambil keputusan untuk menghormati keputusan pucuk pimpinan parti demi melihat perubahan di Hulu Rejang.

Datuk Billy sendiri mengakui bahawa beliau memang ada melobi dan bekerja keras menghabiskan kerja-kerja akhir beliau. Namun dengan profesionnya beliau ketepikan kepentingan peribadi dan berjuang sama dengan parti.

YB Tan Sri James Jemut masing dan YB Liwan Lagang yang turut serta mengucapkan rasa terharu dan penghargaan terhadap sikap Datuk Billy Abit Joo ini.

Sekembalinya barisan pemimpin ini berganding tangan, maka rakyat Hulu Rejang sudah pastinya akan turut berpadu menyokong keberlangsungan politik dan kelancaran pembangunan yang telah dirancang dan dilaksanakan selama ini.

ribuan penyokong banjiri kapit
Kehadiran ribuan penyokong Barisan Nasional yang membanjiri bandar kapit semalam memberikan petanda yang boleh digambarkan sendiri.

Semalam juga rakyat dapat rasakan setakat kekuatan pihak lawan daripada PKR dan SWP. Namun pucuk pimpinan harus terus bekerja keras untuk mempastikan kemenangan besar BN di hulu rejang pada PRU 13 ini.

1 ulasan:

  1. Kedua2 calon n penyokong SWP n Pakatan kecut perut melihat sokongan padu penyokong2 BN yg mengiringi calon BN iaitu Ugak Kumbong ke Dewan Suarah Kapit semasa penamaan calon.Tak kurang 1500 penyokong BN berarak panjang dari pekan Kapit ke Dewan Masyt.Penyokong SWP jika bergabung dgn Pakatan pun tak dpt menandingi kehebatan penyokong BN.

    Tarian gadis2 manis Org Ulu mengepalai perarakan BN.Suasana politik jadi spt pesta mengalu2kan perwira pula.Amat meriah n tepat dgn tema BN - Maju Bersama Rakyat.

    Diharap sokongan begini dibawa pd hari mengundi nanti.

    Vote for BN means we vote for a continous development under DS Najib.

    Vote for SWP means no development.
    Vote for Pakatan means disaster for Hulu Rejang.

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...