Ke Asapkoyan2u

21 April 2013

PEMIMPIN HULU REJANG BERSATU RAKYAT BERPADU DALAM BN!!!!


Pelangi Mentari
KAPIT- SEMASA proses penamaan calon semalam, tiba-tiba Pelangi Muncul benar-benar di atas lokasi penamaan calon di Bandar Kapit. Pelangi muncul dibawah pancaran matahari yang terik.

Kejadian ini amat jarang berlaku, namun sebenarnya tiada kaitan dengan mana-mana calon pun. Tetapi cuaca semalam amat menizinkan dan memberi semangat kepada pihak dan penyokong daripada pihak yang akan bertanding.

Sah keputusannya semalam Hulu Rejang akan memperlihatkan pertembungan 3 penjuru iaitu, Wilson Ugak Kumbong ( BN-PRS), George Lagong (SWP) dan Abun Sui Anyit (PKR).

Kembali bersatu
Ramalan semua pihak dan rakyat Hulu Rejang sebelum ini adalah sekurangnya ada 4,5 Calon bertanding di Hulu Rejang ternyata salah.

Bekas MP Datuk Billy Abit Joo yang lantang bersuara akhir-akhir ini mengambil keputusan untuk menghormati keputusan pucuk pimpinan parti demi melihat perubahan di Hulu Rejang.

Datuk Billy sendiri mengakui bahawa beliau memang ada melobi dan bekerja keras menghabiskan kerja-kerja akhir beliau. Namun dengan profesionnya beliau ketepikan kepentingan peribadi dan berjuang sama dengan parti.

YB Tan Sri James Jemut masing dan YB Liwan Lagang yang turut serta mengucapkan rasa terharu dan penghargaan terhadap sikap Datuk Billy Abit Joo ini.

Sekembalinya barisan pemimpin ini berganding tangan, maka rakyat Hulu Rejang sudah pastinya akan turut berpadu menyokong keberlangsungan politik dan kelancaran pembangunan yang telah dirancang dan dilaksanakan selama ini.

ribuan penyokong banjiri kapit
Kehadiran ribuan penyokong Barisan Nasional yang membanjiri bandar kapit semalam memberikan petanda yang boleh digambarkan sendiri.

Semalam juga rakyat dapat rasakan setakat kekuatan pihak lawan daripada PKR dan SWP. Namun pucuk pimpinan harus terus bekerja keras untuk mempastikan kemenangan besar BN di hulu rejang pada PRU 13 ini.

20 April 2013

DATUK BILLY ABIT TURUT MENGIRING UGAK KE PENAMAAN CALON HARI INI!!

Tan Sri James, Wilson, Billy, Liwan
HULU REJANG- JUMAAT,  Bandar kecil Kapit telah awal dikerumuni oleh rakyat Hulu Rejang dari segenap kampung untuk menyaksikan Proses penamaan Calon Parti masing-masing pada hari ini.

Jelas kelihatan barisan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional daripada Parti Rakyat Sarawak Hulu Rejang termasuk Presiden Parti Tan Sri James Jemut Masing dan YB Liwan Lagang.

Apa yang sangat dibanggakan adalah bila melihat Penyandang Parlimen Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo sendiri bersama ketua-ketua masyarakat lain turut memberi sokongan kepada calon Hulu Rejang Encik Wilson Ugak.

Ini menunjukkan betapa profesionalnya pemimpin Barisan Nasional dan sentiasa bersatu padu demi melihat perubahan dan pembangunan di Hulu rejang.

Persepi dikalangan rakyat dan cuba diapi-apikan oleh pihak musuh sebelum ini ternyata meleset. Selama ini Datuk Billy telah bekerja keras dalam tugasnya demi rakyat dan kini akan terus membantu calon baru agar kemajuan tidak terhenti di Hulu Rejang.

Perubahan di Hulu Rejang dalam 4 tahun lalu menyaksikan pembangunan yang sangat argresif hasil daripada pimpinan yang prihatin oleh Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat HR dinasihati agar jangan sekali terbujuk lalu dengan bahasa sekadar janji yang dilaungkan oleh Pakatan. Manifesto Bukan Janji Mereka amat jelas tidak akan mereka dapat gapai.

Mari kita sama-sama terus berganding untuk menyokong Parti Rakyat Sarawak dan Barisan Nasional!! UNDILAH BN!!

17 April 2013

SWP ALAT LARRY SNG HANCURKAN PARTI 100% DAYAK




Bila dilihat sekelis lintas, SWP adalah ditubuhkan seperti untuk menjatuhkan serta membalas dendam kepada Tan Sri James Jemut Masing.....FIKIR SEMULA DAN FIKIRKAN SEJENAK!!!!!

Apabila di teliti semula, rupanya SWP Larry bukan hanya ingin menjatuhkan James Jemut Masing, Namun ada Udang di sebalik Batang!!!!

Target utama Politik SWP Larry adalah untuk menjatuhkan Parti Politik yang 100%  Pimpinan Dayak keseluruhannya.

Jika ada kerusi parlimen yang ditandingi oleh Parti Dayak PRS pimpinan JJM, maka bermulah jatuhnya  Parti Dayak dari masa ke semasa. Inilah tujuan dan objektif utama di sebalik perancangan licik Larry dan SWP.

Sejarahnya telah terbukti dalam PARTI BANSA DAYAK SARAWAK (PBDS) dulunya. Jika rakyat tidak faham akan permainan ini maka Suara-suara DAYAK semakin LEMAH dan semakin KECIL Kuasanya.

Oleh itu, mari kita DAYAK rapatkan lagi barisan kita didalam PRS bagi mengekakalkan Suara Dayak dalam POLITIK Negeri Sarawak dan Malaysia!!!

JANGAN KERANA TAMAK KUASA, DAYAK HILANG DALAM POLITIK SARAWAK DAN MALAYSIA!!!!

JOM BALIK UNDI!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...