Ke Asapkoyan2u

23 Mei 2013

300 ORANG DIGUNAKAN OLEH NGO UNTUK BERDEMO HALANG EMPANGAN!!!

 lead1


 KUCHING: Kira-kira 300 orang yang menentang pembinaan empangan di Sarawak mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.
 
Mereka yang terdiri daripada komuniti Penan, Kenyah, Kayan dan Iban mengambil kesempatan ketika Kongres Dunia Persatuan Kuasa Hidro Antarabangsa (IHA) yang mula bersidang di sini semalam.
 
Kumpulan diketuai Setiausaha Save Rivers Sarawak Mark Bujang merupakan mereka yang terjejas dalam pembinaan Empangan-empangan Bengoh, Murum, Bakun serta empangan dalam pembinaan di Limbang dan Baram.
 
Demonstrasi yang dikawal oleh polis, berlangsung kira-kira 30 minit, turut menyerahkan deklarasi Save Rivers kepada IHA.
 
Mark menyerahkan deklarasi itu kepada Pengarah Eksekutif IHA, Richard M Taylor di luar BCCK.
Pengerusi Save Rivers Sarawak Peter Kallang turut menyertai kongres yang pertama kali diadakan di Asia.
 
Peter memberitahu, ketika sesi pertama kongres berakhir, Save Rivers akan mengadakan persidangan berasingan pada hari ini di Hotel Riverside Majestic di sini.
 
Save Rivers Sarawak meminta agar Sarawak Energy Bhd (SEB) dan kerajaan negeri menghentikan pembinaan dan perancangan empangan mega di Sarawak.
 
Mereka juga menghendaki pihak terbabit menghormati hak adat Bumiputera selaras dengan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekali gus suara orang ramai wajar diambil perhatian dalam pelaksanaan projek.-Utusan Borneo

Dalam perkembangan berkaitan Kerajaan akan melihat segala keperlua 353 keluarga yang menerima kesan langsung pembinaan Projek Empangan Murum di Belaga.

Kerajaan akan mengemukakan salinan Pelan Tindakan yang dinamakan Resettlement Action Plan (RAP) untuk tatapan umum agar semuanya berjalan telus dan lancar.

Selain memberi tanah pertanian 14 hektar kepada keluarga terbabit, bantuan sementara berbentuk makanan dan tunai serta mengikut keperluan mereka akan disediakan sepanjang 5 tahun ini.

Kerajaan merancang untuk membina Pusat Perkhidmatan untuk penempatan semula penduduk di Kawasan Tegulang. Dalam pusat tersebut akan disediakan Pusat Kesihatan, Stesen Pertanian dan Sekolah Menengah.

Walaubagaimanapun ramai pihak luar terutamanya NGO tidak rasa senang jika Penan menerima tawaran daripada pihak kerajaan. Mereka amat risau jika Penan hari ini semakin sedar bahawa mereka NGO ini hanya pergunakan Penan untuk mendapat tajaan dan sumbangan.

21 Mei 2013

TERGEMPAR!!!: YB WILSON UGAK HAMPIR TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN

YB WILSON UGAK KUMBONG
Hari ini YB Wilson Ugak membuktikan bahawa rakyat Hulu Rajang memilih beliau selaku wakil rakyat P216 adalah sesuatu yang tepat. Dikhabarkan YB Wilson Ugak telah membantu jiran yang mengalami kebakaran rumah awal pagi tadi.

YB Wilson Ugak yang mendengar teriakan dari kejiranan untuk meminta tolong dan beliau terus bergegas membawa alat pemadam kebakaran untuk membantu rumah kejiranan yang di jilat api. Insiden tersebut menyebabkan seorang mangsa yang meninggal dunia. Apa yang menjadi persoalan, kenapa ambulan mengambil masa sehingga 30 minit untuk sampai ke lokasi kejadian walaupun tempat kejadian begitu hampir dengan Hospital Umum Sarawak.

Ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu di kaji oleh Menteri yang berkenaan.

Apakah kelewatan tersebut disebabkan oleh kesesakan lalu lintas?

Apakah kelewatan tersebut disebabkan oleh kekurangan papan tanda, sehingga mengambil masa untuk sampai ke lokasi kejadian?

Apakah kelewatan tersebut akibat daripada kekurangan ambulan?

Persoalan ini perlu di jawab oleh kementerian berkenaan.

Terima kasih kepada YB Wilson Ugak Kumbong yang mengambil tindakan yang bijak dengan membantu memadamkan api tersebut sekali gus mengelakkan api terus merebak ke rumah yang lain. Sikap pemimpin yang berjiwa rakyat seperti inilah yang rakyat dambakan selama ini. Alangkah, beruntungnya mereka yang menjadi jiran kepada seorang YB yang berjiwa rakyat seperti ini.

Inilah sikap yang terpuji dan harus menjadi ikutan Wakil Rakyat yang lain. Kita inginkan, kita dambakan seorang pemimpin yang sanggup memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. YB Wilson Ugak, sanggup membantu dan sanggup memegang alat pemadam api walaupun perkara tersebut boleh menggadai nyawanya sendiri.

Admin, bangga dengan YB Wilson Ugak.

Dan Admin, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa  Datuk Leo Chai atas kehilangan anak kesayangan mereka. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat.  

SUMBER: MATAK-KAYAU BLOG

PARTI POLITIK DAYAK PERLU TERUS BERSATU

Ahli2 Parlimen PRS Meraikan Kemenangan
Salam Perjuangan kepada semua pembaca-pembaca blog Asapkoyan2u. Maaf atas sudah lebih sebulan tidak membuat sebarang artikel. Ini adalah kerana atas masalah teknikal dan kekangan yang tidak dapat dielakan.

AK2u juga ambil kesempatan ini ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada YB Tuan Wilson Ugak, Para pasukan gerak gempur daripada PRS mahupun Parti Komponen khasnya di Hulu Rejang, Rakyat Jelata dan Pengundi di Hulu Rejang kerana telah berjaya mempastikan kemenangan yang sangat besar dalam sejarah P216 Hulu Rejang.

Dari sudut padangan AK2u, PRU13 kali ini adalah agak berbeza dengan rentak PRU atau PRN yang lepas di Hulu Rejang. Pengalaman kali ini agak unik dan membuka pelbagai rentak sentimen politik tempatan.

Apapun keputusannya jelas memperlihatkan bahaya Rakyat Hulu Rejang masih sangat menyokong kepimpinan Barisan Nasional khasnya bila PRS mencanangkan Muka baru di Hulu Rejang.
Bersama Presiden PRS
PRU13 lepas sebenarnya agak mengelisahkan dan getir bagi Parti Rakyat Sarawak (PRS) kerana di setiap kawasan Parlimen yang ditandingi muncul sebuah parti yang menggelarkan mereka adalah Parti mesra BN yang diluluskan di saat-saat akhir sebelum PRU13.

Ini seolah satu politik kotor atau taktik jahat yang cuba mengoyahkan Momentum PRS yang berlatarbelakangan DAYAK.

Nampaknya Dayak kini sudah makin matang dalam berpolitik dan semangat untuk melihat Dayak bersatu kini semakin menjadi satu daripada Agenda Dayak di Sarawak.

Mungkinkah ini lah puncanya PRS atau mana-mana Parti yang berteraskan Dayak cuba dilemahkan dan kucar kacirkan oleh pihak-pihak yang dengki. Apapun mungkin tibalah masanya kini Dayak biarpun berada di pelusuk negeri ini sudah semakin sedar membawa arus politik mereka.

Setelah berjaya kekalkan semua kerusi yang dipertandingan, kini PRS hanya ingin memohon agar peluang diberikan kepada Parti ini untuk terlibat langsung dalam membawa agenda Transformasi Negara kearah yang lebih mapan.

Keputusan senarai Kabinet Malaysia yang baru diumumkan agak mengecewakan Pemimpin Parti serta Rakyat di kawasan PRS kerana sangat kurang diberi peranan dalam kabinet. Namun pemimpin PRS masih lagi berharap agar PM dapat mempertimbangkan serta memperhalusi barisan kabinetnya semula.

Turut merasa kecewa adalah Parti SPDP yang kekalkan 4 kerusi yang dipertadingkan. Bagi masyarakat Dayak yang berada dalam situasi ini sememangnya ada terasa terkilan dengan keputusan ini.

Apapun keputusan selepas ini, Pemimpin-pemimpin Dayak harus terus menggemburkan semangat Dayak Bersatu agar momentum itu tidak akan terpadam biarpun ada tangan yang cuba dan ingin membunuh semangat tersebut.

Jika pemimpin bersatupadu, makanya rakyat sekalian akan menyokong dan semakin menyemarakkan semangat ini.

Hidup BN!!! Hidup Dayak!!! Hidup PRS!!

21 April 2013

PEMIMPIN HULU REJANG BERSATU RAKYAT BERPADU DALAM BN!!!!


Pelangi Mentari
KAPIT- SEMASA proses penamaan calon semalam, tiba-tiba Pelangi Muncul benar-benar di atas lokasi penamaan calon di Bandar Kapit. Pelangi muncul dibawah pancaran matahari yang terik.

Kejadian ini amat jarang berlaku, namun sebenarnya tiada kaitan dengan mana-mana calon pun. Tetapi cuaca semalam amat menizinkan dan memberi semangat kepada pihak dan penyokong daripada pihak yang akan bertanding.

Sah keputusannya semalam Hulu Rejang akan memperlihatkan pertembungan 3 penjuru iaitu, Wilson Ugak Kumbong ( BN-PRS), George Lagong (SWP) dan Abun Sui Anyit (PKR).

Kembali bersatu
Ramalan semua pihak dan rakyat Hulu Rejang sebelum ini adalah sekurangnya ada 4,5 Calon bertanding di Hulu Rejang ternyata salah.

Bekas MP Datuk Billy Abit Joo yang lantang bersuara akhir-akhir ini mengambil keputusan untuk menghormati keputusan pucuk pimpinan parti demi melihat perubahan di Hulu Rejang.

Datuk Billy sendiri mengakui bahawa beliau memang ada melobi dan bekerja keras menghabiskan kerja-kerja akhir beliau. Namun dengan profesionnya beliau ketepikan kepentingan peribadi dan berjuang sama dengan parti.

YB Tan Sri James Jemut masing dan YB Liwan Lagang yang turut serta mengucapkan rasa terharu dan penghargaan terhadap sikap Datuk Billy Abit Joo ini.

Sekembalinya barisan pemimpin ini berganding tangan, maka rakyat Hulu Rejang sudah pastinya akan turut berpadu menyokong keberlangsungan politik dan kelancaran pembangunan yang telah dirancang dan dilaksanakan selama ini.

ribuan penyokong banjiri kapit
Kehadiran ribuan penyokong Barisan Nasional yang membanjiri bandar kapit semalam memberikan petanda yang boleh digambarkan sendiri.

Semalam juga rakyat dapat rasakan setakat kekuatan pihak lawan daripada PKR dan SWP. Namun pucuk pimpinan harus terus bekerja keras untuk mempastikan kemenangan besar BN di hulu rejang pada PRU 13 ini.

20 April 2013

DATUK BILLY ABIT TURUT MENGIRING UGAK KE PENAMAAN CALON HARI INI!!

Tan Sri James, Wilson, Billy, Liwan
HULU REJANG- JUMAAT,  Bandar kecil Kapit telah awal dikerumuni oleh rakyat Hulu Rejang dari segenap kampung untuk menyaksikan Proses penamaan Calon Parti masing-masing pada hari ini.

Jelas kelihatan barisan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional daripada Parti Rakyat Sarawak Hulu Rejang termasuk Presiden Parti Tan Sri James Jemut Masing dan YB Liwan Lagang.

Apa yang sangat dibanggakan adalah bila melihat Penyandang Parlimen Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo sendiri bersama ketua-ketua masyarakat lain turut memberi sokongan kepada calon Hulu Rejang Encik Wilson Ugak.

Ini menunjukkan betapa profesionalnya pemimpin Barisan Nasional dan sentiasa bersatu padu demi melihat perubahan dan pembangunan di Hulu rejang.

Persepi dikalangan rakyat dan cuba diapi-apikan oleh pihak musuh sebelum ini ternyata meleset. Selama ini Datuk Billy telah bekerja keras dalam tugasnya demi rakyat dan kini akan terus membantu calon baru agar kemajuan tidak terhenti di Hulu Rejang.

Perubahan di Hulu Rejang dalam 4 tahun lalu menyaksikan pembangunan yang sangat argresif hasil daripada pimpinan yang prihatin oleh Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat HR dinasihati agar jangan sekali terbujuk lalu dengan bahasa sekadar janji yang dilaungkan oleh Pakatan. Manifesto Bukan Janji Mereka amat jelas tidak akan mereka dapat gapai.

Mari kita sama-sama terus berganding untuk menyokong Parti Rakyat Sarawak dan Barisan Nasional!! UNDILAH BN!!

17 April 2013

SWP ALAT LARRY SNG HANCURKAN PARTI 100% DAYAK




Bila dilihat sekelis lintas, SWP adalah ditubuhkan seperti untuk menjatuhkan serta membalas dendam kepada Tan Sri James Jemut Masing.....FIKIR SEMULA DAN FIKIRKAN SEJENAK!!!!!

Apabila di teliti semula, rupanya SWP Larry bukan hanya ingin menjatuhkan James Jemut Masing, Namun ada Udang di sebalik Batang!!!!

Target utama Politik SWP Larry adalah untuk menjatuhkan Parti Politik yang 100%  Pimpinan Dayak keseluruhannya.

Jika ada kerusi parlimen yang ditandingi oleh Parti Dayak PRS pimpinan JJM, maka bermulah jatuhnya  Parti Dayak dari masa ke semasa. Inilah tujuan dan objektif utama di sebalik perancangan licik Larry dan SWP.

Sejarahnya telah terbukti dalam PARTI BANSA DAYAK SARAWAK (PBDS) dulunya. Jika rakyat tidak faham akan permainan ini maka Suara-suara DAYAK semakin LEMAH dan semakin KECIL Kuasanya.

Oleh itu, mari kita DAYAK rapatkan lagi barisan kita didalam PRS bagi mengekakalkan Suara Dayak dalam POLITIK Negeri Sarawak dan Malaysia!!!

JANGAN KERANA TAMAK KUASA, DAYAK HILANG DALAM POLITIK SARAWAK DAN MALAYSIA!!!!

JOM BALIK UNDI!!!

16 April 2013

SENARAI PENUH CALON BN SARAWAK PRU13

Berikut adalah nama calon-calon Parlimen Barisan Nasional Sarawak yang baru diumumkan oleh Pehin Sri Taib sebentar tadi;

P.192 Mas Gading - Nogeh Anak Ngombek -SPDP

P.193 Santubong - Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar -PBB

P.194 Petra Jaya - Datuk Haji Fadillah Yusof -PBB

P.195 Bandar Kuching - Tan Kai -SUPP

P.196 Stampin - Datuk Yong Khoon Seng -SUPP

P.197 Kota Samarahan - Rabiah bt Wang -PBB

P.198 Mambong - Datuk Dr James Dawos Mamit -PBB

P.199 Serian - Datuk Richard Riot Jaem -SUPP

P.200 Batang Sadong - Nancy Binti Hj Shukri -PBB

P.201 Batang Lupar - Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim -PBB

P.202 Sri Aman -Masir Anak Kujat - PRS

P.203 Lubok Antu - William @Nyallau Anak Badak - PRS

P.204 Betong - Dauglas Unggah Embas -PBB

P.205 Saratok - William Mawan Ikom - SPDP

P.206 Tanjung Manis - Datuk Norah Abd Rahman -PBB

P.207 Igan - Datuk Wahab Haji Dollah -PBB

P.208 Sarikei - Ding Kuong Hing -SUPP

P.209 Julau - Joseph Salang Anak Gandum -PRS

P.210 Kanowit - Ago Anak Dagang - PRS

P.211 Lanang - Datuk Tiong Thai King -SUPP

P.212 Sibu - Vincent Lau Lee Ming -SUPP

P.213 Mukah - Datuk Seri Dr Muhd Leo Michael Toyad -PBB

P.214 Selangau - Joseph Entulu Anak Blaun -PRS

P.215 Kapit - Datuk Alexander Nanta Linggi -PBB

P.216 Hulu Rajang - Ugak Anak Kumbong -PRS

P.217 Bintulu - Datuk Seri Tiong King Sing -SPDP

P.218 Sibuti - Tuan Haji Ahmad Lai Bujang -PBB

P.219 Miri - Datuk Sebastian Ting -SUPP

P.220 Baram - Anyi Ngau - SPDP

P.221 Limbang - Hasbi Habibollah - PBB

P.222 Lawas - Henry Sum Agong- PBB

03 April 2013

ANTARA 100 PENCAPAIAN NAJIB RAZAK DALAM 4 TAHUN JADI PM!!

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

02 April 2013

AWAS!!! PENDUDUK HULU REJANG JADI SASARAN PKR MAIN DAKWAT HITAM SEBELUM PRU13!!!??

Dakwat Kekal
Semua penduduk Hulu Rejang yang dari dahulu sehingga hari ini adalah kubu kuat Barisana Nasional diinggat supaya berhati-hati dengan tawaran yang cuba diberikan oleh pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan proses pengundiaan menggunakan dakwat kekal.

Menurut seorang rakan baik dari PKR, beberapa kumpulan ahli dan penyokong Pakatan yang menyamar sebagai ahli-ahli NGOs  akan memasuki kampung dan taman perumahan beberapa  hari sebelum hari pembuangan undi akan datang. 

Mereka dikatakan akan mendekati penduduk khususnya di kawasan yang dikenali sebagai "kubu BN", kononnya untuk menerangkan kaedah dan proses pengundian menggunakan dakwat kekal. Mereka akan mencalit jari mereka dengan dakwat kekal yang sebenar yang sukar untuk dihilangkan. 

Tujuannya ialah apabila tiba hari mengundi, para penyokong BN ini tidak akan dibenarkan untuk mengundi kerana di jari mereka sudah terdapat kesan dakwat hitam. Ingat! Dakwat kekal yang dicalit di jari hanya boleh 'hilang' selepas tujuh hari.

Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak melayan kehendak individu atau kumpulan yang ingin mencalitkan dakwat hitam dijari mereka.

28 Mac 2013

TERGEMPAR!!: BETULKAH AGEN UMNO YANG BUAT VIDEO SEKS TERBARU NURUL??!!

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah, ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.
 
SUMBER: mediapermatangpauh blog.

RANCANGAN SULIT ANWAR MENJELANG PRU13 TERBONGKAR!!??

 Jika rakyat bertanya bila tarikh PRU13 sukar yang semakin sukar diramal?Ianya tidaklah sukar untuK dijawap jika kita memahami situasi tekanan politik kotor dari dalam dan luar negara hanya angkara dari seorang individu yang kemaruk ke Putrajaya.


Kegairahan Anwar Ibrahim mengejar ke Putrajaya tidaklah digunakan dengan kaedah positif sebaliknya Anwar seorang individu yang sukar mendisiplin diri sendiri. Anwar jenis mansia yang gagal mengawal minat sonsang menyebabkan imej pesonalitinya jatuh angkara amalan songsang sebagai manusia normal dan beriman

Tindak-tanduknya yang terbongkar menyebabkan Anwar terpaksa menggunakan politik kotor untuk menimbus segala kemungkaran dan pengkhianatan yang terlanjur.


SAKI BAKI PENGGANAS SULU SEMAKIN KEBULURAN

-TIGA PENGGANAS SULU YANG DIKESAN OLEH PASUKAN KESELAMATAN KITA SEBELUM BERBALAS TEMBAKAN MUNGKIN SEDANG BERKELIARAN MENCARI MAKANAN! BUKAN SAJA TERKINCIT MELARIKAN DIRI, MALAH YANG SALAH SATU DARI SENJATA MEREKA TERCICIR, NASIB BAIK "BURUNG PUNAI" MEREKA MELEKAT KAT BADAN, SEANDAINYALAH ADA YANG JENIS BOLEH DI "DETACHABLE" ATAU YANG BOLEH "DICABUT-CABUT", MEMANG TERCICIR JUGAK "ANU" MEREKA SEMUA KAT SITU! KEKEKE!!!-

Satu insiden berbalas tembakan di antara sekumpulan pengganas Sulu dan pasukan keselamatan negara kita berlaku berdekatan Sungai Bilis, Gugusan Labian lebih kurang jam 7.30 pagi hari ini.

Difahamkan ketika kejadian berkenaan, pasukan keselamatan negara sedang membuat rutin pemeriksaan Ops Daulat yang telah memasuki hari ke 23 semenjak ianya dilancarkan untuk membentras dan menjejaki saki-baki ahli kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak bulan lepas.

Menurut sumber, pasukan keselamatan kita yang terdiri dari gabungan anggota-anggota PDRM dan ATM terserempak dengan sekurang-kurangnya tiga orang pengganas yang bersenjata sebelum melepaskan tembakan ke arah mereka.

Pada mulanya, kedua-dua pihak berbalas tembakan antara satu sama lain namun kumpulan pengganas Sulu tersebut, bagaikan menyedari peluang mereka untuk begitu tipis sekiranya terus bertahan disitu kemudiannya mengambil keputusan untuk berundur sebelum melarikan diri.

Walaubagaimanapun, pihak keselamatan kita tidak berjaya membunuh atau menangkap pengganas dalam pertempuran pagi tadi, sepucuk pistol jenis revolver .38 berserta enam butir peluru dan sebilah parang dipercayai milik salah seorang dari pengganas berdekatan tempat kejadian yang disyaki telah tercicir sewaktu mereka melarikan.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah security offences (special measures) act 2012, (sosma) adalah seramai 119 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 316 orang dan setakat ini jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah sebanyak 40 orang dan dua mayat kanak-kanak.

Jumlah pengganas yang ditembak mati pula adalah seramai 65 orang serta jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang dan operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung batu masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang mengesahkan kejadian itu juga menyatakan pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

"Semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian dan keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas."

Hamza menegaskan setakat ini, itu yang mereka putuskan, mereka akan berbincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian.

Dalam sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, siang tadi, Hamza menyaakan penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

"Buat kawasan Kampung Tanjung Batu pula, ianya kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihak kami akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing."

Menjelaskan proses penggeledahan dan pembersihan akan diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis, Hamza yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya. 

SUMBER: UnRepotedNews

21 Mac 2013

CALON PKR HULU REJANG PERCAYA MIMPI BURUK??!!

HULU REJANG- RUMAH EDISON BUGAP NANGA MELUKUN. Hari ini Calon PKR Hulu Rejang sedang mengadakan satu Upacara untuk membuang sial iaitu "BERDARA" dalam bahasa Iban.


Upacara ini dibuat kerana menurut seoran penduduk disini telah bermimpi sesuatu yang pelik terhadap Calon ini. 

Apa yang peliknya, seorang yang selama ini bercakap tentang Tuhan dan berwatak seperti paderi masih lagi mempercayai unsur-unsur sebegini rupa???

Apapun kita mendoakan agar beliau jangan dilanda malapetaka atau musibah yang buruk seperti dalam mimpi tersebut.

Mungkinkah ini petanda bahawa semangat rakyat Hulu Rejang masih tidak ingin menerima Parti Politik ektrimis seperti pakatan pembangkang ini.

Sebab semua rakyat Malaysia telah menyaksikan pelbagai rusuhan dan demonstrasi jalanan yang tidak pernahpun diberlaku di Negeri ini pada masa lepas merdeka dulu.
Rakyat Malaysia pada hari ini perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat kini diperalatkan oleh Kuasa Asing. Rakyat perlu bangun mempertahankan kelangsungan kerajaan yang sedia ada.

Ini kerana kerajaan yang sedia ada terbukti ikhlas dan jujur dalam mengekalkan kemanan, kemakmuran dan kedamaian di Negara Malaysia.


TAK SAMPAI 6 JAM LAGI ANWAR BUBAR DARI POLITIK???


Jika diikutkan kenyataan peguam bela Anwar Ibrahim N. Surendran hari ini Anwar Ibrahim akan menfailkan saman ke atas Papa Gomo di Mahkamah Jalan Duta.

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million." - 19/3/2013

Blog yang mengeluarkan aksi seks nya dengan seorang lelaki adalah blog rajagoyang360 blogspot dan kemudiannya dimuat naik oleh puluhan blog termasuk lah dengan portal milik PAS iaitu Harakah Daily yang kemudiannya memadam artikel berkenaan hasil dari tekanan pihak atasan dalam PAS.

 

Yang disaman adalah PAPA GOMO walhalkan seluruh dunia tahu bahawa Anwar Ibrahim cuba untuk menutup malu dengan apa yang telah didedahkan sekian lama mengenai kelakuan sumbang beliau dalam meliwat serta melanggan pelacur sepertimana yang pernah didedahkan Dato Eskay dan juga Dato N. Nalakarupan.
 
KLIK DIBAWAH......

PKR SARAWAK KETANDUSAN PILIHAN PEMIMPIN ATAU KEMARUK KUASA???

Kebuluran
 PKR NEGERI SARAWAK TELAH MENGUMUMKAN SECARA RASMINYA UNTUK BERTANDING DI 5 KAWASAN PARLIMEN PADA PRU13 INI.

BOS PKR NEGERI BARU BIAN BERKATA pengumuman ini telah dibuat secara rasminya oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Sri Anwar Ibrahim dalam satu wancara media di Kuala Lumpur.

5 Kawasan tersebut adalah Limbang, Baram, Hulu Rejang, Seratok dan Batang Lupar. 

Keputusan untuk bertanding di 5 kawasan parlimen ini menunjukkan bahawa PKR tidak berani untuk bertanding dikawasan-kawasan lain kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak.

Sementara itu, Ketua PKR Negeri Baru Bian sendiri diumumkan akan bertanding di Parlimen Limbang P2221. Sudah nampak dan jelas bahawa PKR tidak mempunyai ramai pilihan pemimpin lain.

Cakap Besar dan janji PKR selama ini kepada Orang Ulu khasnya untuk melihat Baru Bian menjadi Ketua Menteri Sarawak Selepas Taib Mahmud seperti jauh panggang dari api.

Diatas kertas sahaja PKR bertanding hanya di 5 kawasan sudah nyata kalah sebelum PRU13 menjelang. Percaturan Pakatan ini lebih memebri ruang kepada Parti DAP Komunis untuk berkuasa di Sarawak sekiranya mimpi pakatan nyata.

Namun sudah pasti DAP tidak akan diterima oleh semua masyarakat Sarawak Khasnya bumiputera.

Satu Perkara yang amat jelas tersurat dan tersirat dalam perjuangan Pakatan Rakyat adalah ingin menghapuskan Parti Politik Tempatan Sarawak. 

Mereka tidak sedar bahawa ini juga telah terpampang diantara HAK ISTIMEWA Orang SARAWAK adalah. Negeri ini haruslah dipimpin oleh PARTI POLITIK NEGERI SARAWAK SENDIRI!!!

INGAT!!! UNDI PAKATAN PEMBANGKANG= Memberi Kuasa kepada Politik Luar Kuasi Sarawak!!!!


20 Mac 2013

REVOLUSI & REFORMASI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK AKAN TUMBANGKAN MALAYSIA TERCINTA.

Gambar Hiasan
Dalam tempoh 2 dekad, dunia telah menyaksikan pelbagai RUSUHAN dan DEMONSTRASI rakyat di beberapa negara. Ini semua dilakukan untuk menumbangkan kerajaan DIKTATOR.

logo tangan

Tanpa disedari dunia telah dilanda peperangan dan penjajahan bentuk baru. Peperangan bukan lagi dalam bentuk senjata. Peperangan dengan senjata hanyala 10% yang terakhir. Sebaliknya 90% pertama, adalah peperangan dan penjajahan bentuk baru.

Logo Sama digunakan
Ianya menggunakan pendekatan revolusi tanpa keganasan. Sasaran utama adalah menyerang dan mengubah sistem nilai secara halus, menyerang asa budaya, asas negara perlembagaan dan seterusnya asa pegangan agama.
Pemimpin yang telah tumbang

Kini terbukti dalam tempoh 1 dekat, beberapa pemimpin dan negara telah tumbang dan diajajh. Mereka yang menjadi pelopor peperangan dan penjajahan ini tidak segan silu menonjolkan diri dengan bangganya di alam maya. 
Revolusi ini telah berkembang ke 37 buah negara dan ianya akan terus berkembang pesat ke negara-negara lain. Pelopor peperangan dan Penjajahan Bentuk Baru adalah seperti berikut; GENE SHARP, OTPOR, CANVAS, INTERNATIONAL STUDENT MOVEMENT, OCCUPY MOVEMENT.

Bersih
TIDAK TERKECUALI REVOLUSI ini cuba dibawa ke MALAYSIA melalui BERSIH. Buktinya logo BERSIH turut tertera dilaman web Color Revolution. Ini bermakna BERSIH adalah agenda terancang oleh Tangan Asing.
Bukan Budaya Kita

Mari kita Menolak REVOLUSI DAN REFORMASI yang ganas ini. Ini bukan cara kita, ini bukan Budaya kita.  Tolak Tangan-tangan asing yang cuba ingin menjajah semula Malaysia yang Merdeka ini.

18 Mac 2013

ANWAR BOHONG LAGI INI KALI KE-2 DI UMA BADENG

DSAI Bohong Lagi
 UMA BADENG, BELAGA- Ceramah Perdana Anwar di Uma Badeng semalam membuka mata dan hati penduduk Uma Badeng betapa kosongnya bicara Si Anwar Ibrahim. Ini Kali ke-2 Anwar melontarkan janji kosong di Rumah Badeng selepas lawatan beliau pada 2008 cakap kosong belaka.

Semua Pengikut PKR yang membawanya ke Uma Badeng pada 2008 tidak kelihatan malah sudah keluar dari PKR. Oleh itu, sambutan oleh penduduk Uma Badeng sangat suram. 

Menurut rancangan PKR sebelum ini, Ceramah Perdana ini sepatutnya diadakan di Rumah Ketua PKR Cabang Uma Badeng Encik Lee. Namun telah ditolak mentahan. Kemudiannya di pindah ke Blok C, Namun ceramah itu juga ditolak. Abun Sui (Calon PKR HR) juga cuba meminta simpati Blok D, Namun ditolak oleh Ketua Blok D.

Orang Luar Uma Badeng
Alangkah memalukan Ceramah Perdana oleh Ketua Pakatan ditolak-tolak seperti ini.Pada mulanya Ceramah ini ditancang juga untuk di adakan di Uma Bakah, Sungai Koyan. Dukacitanya penduduk Uma Bakah telah menolak dan memboikot Program-program PKR.

Ini terbukti semalam apabila tiada seorangpun kelibat penyokong PKR dari Uma Bakah hadir dalam ceramah Anwar semalam walaupun jarak Uma Bakah dan Uma Badeng boleh jalan kaki. 

Ada sumber mengatakan bahawa ada krisis yang akan dibongkarkan oleh seorang pengikut kuat (Pengarah Operasi Program PKR) dari Uma Bakah akan dikeluarkan yang telah menyebabkan Uma Bakah kini tidak menyokong PKR. NANTIKAN YA!!!!!!!!

Balik kepada Cerita Ceramah Anwar di Uma Badeng Semalam. Peserta yang hadir ke ceramah ramai dari luar Uma Badeng dan Asap. Mereka yang datang dari Suai Miri paling ramai memeriahkan suasana sedang ketua Blok atau ketua rumah bilik tempat ceramah tidak kelihatan.

Abun Sui kelihatan semakin terdesak untuk mencari penyokong-penyokongnya, Semua penyokong kuat PKR selama ini semakin beralih Angin nampaknya. 

Namun mungkin kita perlu belajar dari perkara ini dan balik semula kepada cara kita, adat kita dan budaya kita. Kita punyai struktur sosial yang harus di hormati. Politik PKR yang sedang dibawa ini sepertinya tidak memperduli dan menghormati Cara Orang Kita.

Apapun Ceramah Semalam tidak mungkin memabawa kesan kepada pengundi Uma Badeng kerana ini terbukti selepas lawatan Anwar kali pertama dulu....Uma Badeng tetap menyokong Kerajaan Barisan Nasional.


28 Februari 2013

TAK DAPAT TAWAN PUTRAJAYA ANWAR TAWAR TAWAN LAHD DATU!!!??



 
Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.
 
Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.
 
Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.
 
PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.
 
Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.
 
PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.
 
Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.
 
Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.
 
Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.
 
Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.
 
Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.
 
Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.
 
Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?
 
Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.
 
Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. -GRAKAN TIMUR

DALAM BANYAK2 JANJI MANIS #MANIFESTOBUKANJANJI TIADA SATU MANISNYA BAGI PENDUDUK HULU REJANG!!!

Abun Bersama Rafizi- Foto Paul Bian
 Konvensyen Kali-4  25 Februari lalu masih lagi hangat di bualkan. Manifesto yang seolah meniru atau boleh dikata ditokok tambah daripada Manifesto yang ternyata realistik oleh Kerajaan BN sebelumnya. 

Manifesto PR- Foto Abun Sui
Namun tokok tambah sup Manifesto ini memang tepat digelar #MANIFESTOBUKANJANJI kerana sangat jelas rekod Pakatan Rakyat yang tidak dapat menunaikan biar sekalipun janji-janji mereka yang terdahulu.

Ketika membentangkan Manifesto ini.Anwar telah mengarahkan Rafizi Ramli untuk menyampaikannya. Jelas Anwar tidak yakin dengan diri sendiri dan takut akan dibayangi soalan-soalan berkaitan Janji-janji BULAK Pakatan di negeri-negeri pimpinan mereka sekarang.

Bagi Penduduk Sabah & Sarawak pula, Manifesto ini sekedar Manifesto diatas kertas dan sangat UMUM dan boleh dilakarkan oleh semua orang yang bukan pakar ekonomi dan pakar polisi sekalipun.

Seorang Wakil dari Penduduk Hulu Rejang juga meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap manifesto Pakatan ini.

Beliau sebelum ini sangat aktif bersama-sama Calon PKR Hulu Rejang untuk berkempen sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak menyertai pasukan itu lagi.

"Saya berasa amat kecewa dengan Manifesto ini kerana saya lihat tiada yang lebih baik untuk kita di Hulu Rejang. Manifesto ini lebih kepada MALAYA seperti kepada penduduk FELDA dan sebagainya." Anyie (Bukan Nama Sebenar)

Beliau menambah." Dari mulanya saya kecewa pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas, Kami dalam pakatan telah sebulat suara untuk mencalonkan wakil kami, Namu bila Ketua PKR Negeri menunjukkan Calon lain intuk bertanding...kami rasa kecewa. Sepertinya tiada DEMOKRASI dalam Parti ini. Dimanakah KEADILAN???".

Satu Perkara yang nampak BODOH dikeluarkan/dikempen oleh PKR Hulu Rejang adalah. JIKA Pakatan Menang, mereka akan menghentikan Operasi Empangan Bakun.

Hentikan Operasi Bakun kalau boleh runtuhkan sekali, Demi mengembalikan Tanah Asal yang sudah diteggelami Air. Inilah perancangan pembangunan yang akan dibawah oleh Pakatan Rakyat???

Kalau beginilah caranya, PAKATAN SENDIRILAH AKAN TENGGELAM DI TASIK BAKUN. BOLEH DIKATAKAN PEMBANGUNAN KE BELAKANG!!!!

FIkirlah cara untuk lebih maju dan membangun Hulu rejang dan penduduknya, bukan membawa mereka hidup ke zaman batu lagi.........

27 Februari 2013

ANWAR AKAN JADI PM LAHAD DATU BERSULTANKAN SULTAN JAMALULU KIRAM!!!???



Pasukan bersenjata yang di percayai kumpulan pengikut Sultan Sulu JAMALUL KIRAM III berkeras tidak akan meninggalkan Lahad Datu sehingga permintaan mereka di tunaikan oleh kerajaan Malaysia Dan Filiphina.

Menurut laporan, kumpulan ini lebih kurang dalam 130 orang dan 30 orang yang bersenjata. 

Kumpulan ini juga dikaitan dengan permainan politik si pengacau kemananan Negara.. Tahu-tahulah ya. PengKhianat!!!

Namun cita-cita ini tidak mungkin akan kesampaian kerana kumpulan ini telah pun diberi amaran keras oleh Pihak Kerajaan Philipina.

Sultan Sulu bakal dihadapkan ke mahkamah dan mungkin dipenjara sehingga 12 tahun sekiranya sabit kesalahan kerana menghasut pengikutnya untuk pergi berperang. Menurut laporan yang diterima, Sultan Sulu hendaklah membawa pengikutnya hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Setakat ini belum lagi mendapat jalan putus untuk mengakhiri krisis di Lahad Datu.  Kerajaan Filipina telah menghantar bot untuk membawa askar Sultan Sulu ini kembali ke Filipina secara aman.  Inilah yang akan berlaku sekiranya pemimpin tidak bersama kerajaan.  Rakyat sendiri akan binasa akibat tindakan pemimpin mereka yang terburu-buru dan sentiasa tamak mengikut nafsu.   Pengikut Sultan Sulu tidak mampu memilih kerana Kesultanan Sulu mengikut zuriat tetapi kita sebagai rakyat Malaysia boleh memilih untuk mengundi Perdana Menteri dan juga menteri-menteri kabinet yang lain. 
Jangan tersalah pilih agar kita tidak diarahkan menceroboh negara jiran dengan sewenang-wenangnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...