Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"
Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"
Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"
Pada
tahun 2007 sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan
selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana kuil pemilik tanah dimana
kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang
dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.
Kerajaan
negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan
rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga
dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti
untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM
40’000. 00.
Pada
ketika itu PKR , PAS dan DAP masih lagi pembangkang di negeri Selangor.
Mereka bersama-sama HINDRAF telah mengeksploitasi kes perobohan kuil
itu semaksimum mungkin hingga mengundang perasaan marah orang-orang
india yang beragama hindu, dan seterusnya mereka bangkit dalam satu
perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada pada 25.11.2007 hingga
mencetuskan rusuhan.