Koridor
Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), merupakan sebuah kawasan
pembangunan wilayah di Sarawak yang terletak dari Similajau di Bintulu
hingga ke Tanjung Manis di Mukah, kapit dijangka menjadi kawasan paling
progresif membangun. Impak daripada pembangunan SCORE itu kemudiannya
akan dinikmati secara berterusan oleh penduduk di negeri ini apabila
keseluruhan RM330 billion dilaburkan sepenuhnya menjelang 2030. Wawasan
yang direncakan ini adalah inisiatif penting kerajaan menjadikan Sarawak
negeri maju dan berpendapatan tinggi.
Bagi tempoh tiga tahun pertama SCORE dilancarkan, ia berjaya menarik
pelaburan berjumlah RM20.3 bilion membabitkan 11 projek dengan lapan
daripadanya bagi Taman Perindustrian Samalaju, manakala dua lagi di Hab
Halal Tanjung Manis.
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sembilan projek
diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan enam jalan raya
baru ke kawasan sumber tenaga, satu projek bekalan air ke Samalaju,
satu taman perindustrian di Samalaju dan satu projek lapangan terbang di
Mukah. Mukah yang dirancang sebagai bandar pintar menerima pelaburan
RM600 juta bagi industri berat, selain daripada itu Mukah yang terletak
di tengah kawasan liputan SCORE, dirancang sebagai pusat pentadbiran
koridor dengan pejabat syarikat pelaburan luar dicadang dibina di
kawasan berkenaan.
Manakala untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula (RMK-10) SCORE
menerima peruntukan RM300 juta bagi melaksanakan sembilan projek yang
kini di peringkat pelaksanaan, termasuk Taman Perindustrian
Samalaju.Setakat ini, Taman Perindustrian Samalaju menerima lapan
pelaburan dengan nilai RM17 bilion terdiri daripada industri berat yang
memerlukan banyak tenaga, manakala dua pelaburan di Hab Halal Tanjung
Manis bernilai RM2 bilion membabitkan projek akuakultur.