Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Score. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Score. Papar semua catatan

17 Januari 2013

SARAWAK NO.1 DI MALAYSIA: NEGERI BERPENDAPATAN TINGGI!!


Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), merupakan sebuah kawasan pembangunan wilayah di Sarawak yang terletak dari Similajau di Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah, kapit dijangka menjadi kawasan paling progresif membangun. Impak daripada pembangunan SCORE itu kemudiannya akan dinikmati secara berterusan oleh penduduk di negeri ini apabila keseluruhan RM330 billion dilaburkan sepenuhnya menjelang 2030. Wawasan yang direncakan ini adalah inisiatif penting kerajaan menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi.


Bagi tempoh tiga tahun pertama SCORE dilancarkan, ia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.3 bilion membabitkan 11 projek dengan lapan daripadanya bagi Taman Perindustrian Samalaju, manakala dua lagi di Hab Halal Tanjung Manis.

Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sembilan projek diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan enam jalan raya baru ke kawasan sumber tenaga, satu projek bekalan air ke Samalaju, satu taman perindustrian di Samalaju dan satu projek lapangan terbang di Mukah. Mukah yang dirancang sebagai bandar pintar menerima pelaburan RM600 juta bagi industri berat, selain daripada itu Mukah yang terletak di tengah kawasan liputan SCORE,  dirancang sebagai pusat pentadbiran koridor dengan pejabat syarikat pelaburan luar dicadang dibina di kawasan berkenaan.
Manakala untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula (RMK-10) SCORE menerima peruntukan RM300 juta bagi melaksanakan sembilan projek yang kini di peringkat pelaksanaan, termasuk Taman Perindustrian Samalaju.Setakat ini, Taman Perindustrian Samalaju menerima lapan pelaburan dengan nilai RM17 bilion terdiri daripada industri berat yang memerlukan banyak tenaga, manakala dua pelaburan di Hab Halal Tanjung Manis bernilai RM2 bilion membabitkan projek akuakultur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...